“Dah macam cikgu tengah semak kedatangan anak-anak murid, comel.. ” – Netizen

Video Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Bersama Keluarganya Menaiki Van Untuk Pulang Berbuka Puasa Di Seremban Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Semuanya, Siap Angkat Tangan Lepas Nama Dipanggil. Meriah Betul Keluarga Ni !!

Memiliki anak yang ramai memang memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi jika anak-anak tersebut usia mereka tidak jauh beza. Begitu yang dilihat oleh keluarga angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Datin Dr Halina yang memiliki 6 orang cahaya mata.

Meninjau di akaun Instagram, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi satu video yang memaparkan dia dan keluarganya mahu bergerak pulang ke Seremban untuk berbuka puasa bersama keluarga. Namun menjadi perhatian adalah gaya Dr Sheikh Muszaphar yang sedang ‘check’ anak-anaknya dalam van.

Kedengaran suara Dr Sheikh Muszaphar memanggil seorang demi seorang nama anak-anaknya hinggalah isterinya. Di kapsyen, sempat Dr Sheikh berseloroh bahawa sebelum van bergerak, kedatangan semua penumpang perlu disemak kerana tak0t ada yang tertinggal.

Hingga kini, video yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar tersebut telah mendapat hampir 6 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Selain itu, ada yang menyatakan melihat gaya Dr Sheikh Muszaphar sudah seperti seorang guru yang membawa anak-anak muridnya menyertai rombongan.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai video terbaru oleh Dr Sheikh Muszaphar. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Seronok nya semua nak bik kampung. Memang meriah betul suasana, terus ingat raya. Hahaha selamat smpai ke destinasi Dr dan keluarga.. “

” Dah macam cikgu tengah ambik kedatangan anak-anak murid, comel. Semua angkat tangan bila nama dipanggil, hahaa.. “

” Ya Allah meriahnya Dr. Kalau macam ni balik kampung, tak bosan lah dalam van. Selamat berbuka puasa Dr n family.. “

” Love this big family, semoga dalam jagaan Allah sentiasa, Amin. Suka tengok keluarga bahagia Dr Sheikh Muszaphar dan isteri.. “

” Jangan gerak lagi Dr, pintu belum tutup tuuu, hahahahha. Masyaallah kemain lagi meriah suasana pulang ke desa.. “

” Woww bestnya, dah macam rombongan sekolah. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat berbuka puasa buat Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga.. “

Wahh memang nampak meriah betul keluarga besar ini pulang ke Seremban. Apa-apa pun, semoga keluarga Dr Sheikh Muzaphar akan kekal bahagia dan semoga anak-anak Dr Sheikh Muszphar terus membesar dengan sihat semuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszpahar Shukor

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..