” Dah lama tunggu tiga beran4k ni bergabung.. ” – Cepat Berita

Video Dato’ Jamal Abdillah Bersama 2 Anak Terunanya, Osama Yamani Dan Zaki Yamani Menanyi Lagu Gadis Melayu. Fuh Dari Ayah Sampai Ke Anak-Anak Suara Sedap. Memang Padu Lah !!

Siapa tidak kenal dengan Raja Pop tanahair, Dato’ Jamal Abdillah. Sekalipun usianya sudah pun melepasi 60-an, namun suara emasnya itu masih maintain lunak dan merdunya sehingga kini. Sebagaimana yang diketahui ramai, Dato’ Jamal mempunyai 2 orang anak teruna yang sudah remaja.

Osama Yamani dan Zaki Yamani, kedua-duanya bergiat aktif dalam seni suara tanahair. Mengikut jejak langkah baba mereka ini, abang dan adik ini juga mempunyai suara yang sedap sama seperti baba mereka.

Meninjau akaun Instagram Cepat Berita, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan Dato’ Jamal membuat persembahan bersama Yamani dan Zaki. Bukan selalu dapat melihat anak dan ayah ini dapat sepentas bersama.

Menyanyikan lagu Gadis Melayu, persembahan ini dipersembahkan di sidang media sempena konsert Gemilang Dato’ Jamal Abdillah yang akan berlangsung pada 9 Disember yang akan datang. Bertambah menarik lagu ini apabila dinyanyikan bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telahpun mencatatkan sebanyak 64 tanda suka daripada warganet. Antara komen yang dapat dikongsikan :

” Like father like son. Replica. Hope to have a colorful music industry with their presence. Alhamdulillah.. “

Ini baru sedikit yang diperdengarkan, pastinya pada hari konsert berlangsung nanti lebih banyak paduan suara mereka bertiga yang dapat ditonton. Masing-masing mempunyai kekuatan vokal tersendiri yang boleh menarik perhatian penonton.

Beruntung Dato’ Jamal ada anak-anak yang berbakat dan anugerah suara seperti Yamani dan Zaki. Semoga segala perancangan untuk konsert nanti dipermudahkan dan ianya berjalan dengan lancar dan berjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cepat Berita, IG Jamal Abdillah, IG Zaki Yamani

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..