” Dah lama tak makan nasi.. “

Video Syafiq Klye Kongsi Tips Diet Kepada Umum. Ooo.. Patut Kurus, Ini Makanan Yang Syafiq Klye Ambil. Jom Kita Diet !!

Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan salah seorang antara selebriti yang terkenal di Malaysia. Memiliki raut wajah yang kacak turut menjadi idaman golongan wanita. Syafiq yang dahulunya adalah merupakan naib juara Hero Remaja tahun 2011/12.

Syafiq mempunyai lulusan dalam Diploma Filem, Teater dan Animasi dari  Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lakonan pertama beliau adalah menerusi watak kecil dalam drama Iparku Diva di Astro Warna lakonan Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar.

Nama Syafiq terus melonjak naik apabila beliau menjayakan watak sebagai Ustaz Adam dalam Samarinda Ramadhan Nur bergandingan bersama Amyra Rosli. Syafiq juga beraksi dalam filem sulungnya bertajuk Langsuir arahan Osman Ali bersama Hannah Delisha.

Menerusi perkongsian di Instagram Majalah Nona telah berkongsi video temubual bersama selebriti Syafiq Klye tentang perkongsian tip diet yang diamalkan oleh pelakon itu.  Video yang dirakamkan selama satu minit lebih turut berkongsi makanan yang  diambil oleh Syafiq.

Tonton video tersebut di bawah :

Patut kurus Syafiq sekarang, diet rupanya. Ambil nasi boleh saja dalam diet, nasi tidak menggem0kkan, cuma kurangkan kuantiti dan jangan makan berlebihan mengikut n4fsu yer semua. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Syafiq sentiasa dipermudahkan segala urusan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Nona, Syafiq Kyle Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..