” Cutenye kek tu, happy 1 month baby Fatima sayang.. ” – Netizen

Anak Pasangan Selebriti Fazura Dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisha Genap Sebulan. Wah, Siap Ada Kek Lagi. Comel Sangat Keknya !!

Semalam genapnya sebulan usia Nur Fatima Aisha iaitu anak kepada pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin. Ini bermakna sudah sebulan juga pasangan ini bergelar ibu dan bapa. Pastinya banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dengan kehadiran si kecil ini.

Untuk meraikan usia Fatima yang sudah satu bulan, pasangan ini telah menyediakan sebuah kek yang cukup comel kepada puteri kesayangan mereka ini. Wah, untungnya Fatima kerana usianya baru sebulan namun tetap diraikan seperti ulangtahun kelahiran setahun.

Kek yang mempunyai 3 tingkat ini dihiasi dengan patung seorang bayi comel di atasnya telah meraih perhatian di media sosial kerana ia telah dikongsikan di posting terbaru akaun Instagram khas buat anak mereka. Alahai, comel sangat keknya.

Walaupun begitu, wajah Fatima masih belum lagi dided4hkan kepada umum. Pastinya ramai peminat yang tidak sabar menanti saat untuk menatap wajah comel anak pasangan ini. Adakah Fatima seiras bapanya atau pun secantik ibunya?

Jom lihat perkongsian di bawah :

Posting tersebut dihujani ucapan selamat hari lahir kepada Fatima dan mendoakan yang baik-baik buat puteri kesayangan Fazura dan Fattah ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Princess Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah..didoakan sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT.. membesar menjadi anak yang solehah… dilimp4hi dengan kasih sayang mommy n daddy.. “

” Hapy 1mth Fatima Aisya.. auntie tak sbar nk tgok muke cute Fatima.. Selamat berganti bulan Nur Fatima Aisya. Semoga menjadi anak yg solehah dan membesar dengan bijak dan sihat .. “

” Happy 1 month baby girl Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah..semoga sihat selalu sayang.. So comel the cake. Tak sabar nya nak tgk muka Fatima Aisha.. “

” Happy 1 month old Nur Fatima Aisya. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata dan hati mummy and daddy.. “

” Happy one month Nur Fatima Aisya Bt Abdul Fattah moga jadi anak yg solehah ya sayang Aamiin . Bila la dpt tatap wajah Fatima… huhuhu.. “

” Happy one month baby Fatima.. syng dia.. moga membesar dgn sehat.. Such a beautiful cake. Sayang nk makan. Semoga membesar dgn sihat sayang.. “

” Alhamdulillah. 1 month dah Fatima sayang. Happiest birthday Nur Fatima Aisya. Alolor cutenye cake tu. Happy 1 month baby Fatima sayang. Semoga membesar dengan sihat n menjadi anak yang solehah buat mommy n daddy.. “

Wah, tak sabar rasanya untuk melihat wajah Fatima. Kami di Oh Kopak turut mengucapkan selamat menyambut kelahiran di usia 1 bulan. Semoga Nur Fatima Aisha membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan sentiasa membahagiakan ibubapa. InsyaAllah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife, Fazura, Delectable By Sue

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..