” Congrats Datin Seri, Love your natural beauty so much.. ” – Netizen

Dato’ Sri Eizlan Yusof Berkongsi Gambar Majlis Pemakaian Pangkat Dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pegawai Bersekutu Yang Diterima Oleh Isterinya, Datin Sri Natasha Rosa. Wahh, Tahniah Kapten Natasha !!

Nama Dato’ Sri Eizlan Yusof sangat terkenal di kalangan peminat seni tanahair, lakonan-lakonan mantap daripada Eizlan melekat di hati penonton yang menonton setiap drama dan filem lakonannya. Selain daripada bergelar pelakon, Eizlan juga merupakan seorang pengarah dan penyanyi.

Umum mengetahui Eizlan telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya bernama Natasha Rosa Boudville pada tahun lalu. Eizlan mengambil keputusan untuk melamar Natasha setelah 4 tahun mereka berkenalan. Natasha merupakan seorang mualaf berbangsa Serani.

Ini merupakan perkahwinan kedua Eizlan, terdahulu Eizlan pernah mendirikan rumahtangga bersama Vie Shanti Harun. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang cahayamata bernama Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Menjengah ke laman instagram milik Eizlan, kita dapat melihat perkongsian gambar Majlis Pemakaian Pangkat dan Penerimaan Watikah Perlantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam yang diterima oleh isterinya iaitu Datin Sri Natasha setelah dua tahun berbakti sebagai sukarelawan. Tahniah !!

Mari kita lihat gambar di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk lihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini mendapat pelbagai ucapan tahniah daripada netizen. Antara ucapan-ucapan daripada netizen ialah :

” Suami pakaikan pangkat, terbaik Dato eizlanyusof.. Tahniah Dato’ Sri & Datin Sri.. “

” Sweetnya, orgtua ckap klau muka tu ada seiras InshaAllah akan kekal ke akhir hay4t.. “

” Wahh Captain Natasha, Tahniah Datin.. Setinggi-tinggi tahniah buat Datin Seri.. “

” Tahniah Datin suka tengok Datin dan Dato’ semoga selalu sehat dan selalu dlm lindungan Allah Aamiin.. “

” MashaAllah bang, ni baru jelas nampak seiras wajahnya. Semoga Allah berkati hubungan until Jannah with lots of happiness InshaAllah.. “

” Tahniah, suka lah tengok Datin simple cantik walaupun tak make up tebal-tebal.. “

” Congrats Datin Seri, Love ur natural beauty so much.. Love sangat dengan pasangan ni. Sekali senyum cam tu sama muka dua-dua.. “

Wahhh muka Dato’ Sri dan Datin Sri nampak seiras sangat, sama cantik dan sama padan. Kami di Berita Kopak mengucapkan sekalung Tahniah kepada Datin Sri atas pengurnian pangkat sebagai Kapten. Semoga Dato’ dan Datin bahagia sehingga ke jannah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..