” Comelnya, hidung mancung, muka bulat macam papanya.. ” – Netizen

Video Anak Ippo Hafiz, Yusuf Yang Baru Berusia 2 Bulan. Alahai Dah Pandai Nak ‘Berbual’, Comel Sangat !!

Muhammad Hafiz bin Yaziz atau lebih dikenali sebagai Ippo Hafiz merupakan seorang penyanyi. Ippo juga merupakan seorang komposer dan penerbit rakaman Malaysia. Ippo banyak menyanyikan lagu-lagu untuk OST drama di televisyen.

Pada awal kemunculannya, Ippo jarang dikenali ramai namun kebanyakan lagu nyanyiannya sering menjadi popular. Antara lagu popular nyanyiannya ialah untuk drama Teman Lelaki Upahan. Untuk rekod, Ippo telah pun berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Norfarahin Mohd Roslan.

Perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang cukup comel yang diberi nama Yusuf Zarin Nur. Kini Yusuf sudah pun berusia 2 bulan. Meninjau ke akaun Instagram Ippo, gambar dan video Yusuf sering dikongsikan kepada peminatnya.

Salah satu entri yang dikongsikan ialah video Yusuf yang sudah pandai hendak ‘bersembang’ dengan bapanya. Wajah Yusuf yang saling tidak tump4h seperti bapanya telah mencur1 perhatian ramai. Lihat sahaja hidung dan mata Yusuf, sama seiras seperti bapanya. Alahai comel.

Jom tonton video di bawah :

Kebanyakan netizen memuji kecomelan Yusuf. Baru dua bulan sudah pandai mengeluarkan bunyi seolah-olah seperti hendak bercerita. Antara komen-komen netizen :

” Comel anak ko po.. Comelnya, hidung mancung, muka bulat macam papanya.. Ishhh.. ger4m tengok ni.. MashaAllah comelnye dia.. “

” Comelnya, mirip wajah ibunya, hidung mancung, muka bulat mcam papanyer… anak yg cerdik.. Aamin.. Alhamdulillah, Tahniah ippo, welcome to the club bro.. “

Untuk pengetahuan, Ippo juga mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda yang dijaga sejak dilahirkan lagi. Ini bermakna kelahiran Yusuf telah menambah lagi keceriaan di samping melengkapkan lagi kehidupan berkeluarga buat Ippo dan isteri.

Ippo juga ada berkongsi rasa syukur dengan kelahiran cahaya matanya ini di akaun Instagram tempoh lalu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusuf membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ippo Hafiz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..