” Comelnya duyung-duyung ni.. “

Gambar Sambutan Bachelorette Party Emma Maembong Dengan Tema Ikan Duyung. Wah, Cantik-Cantik Belaka !!

Emma Maembong kini telah bergelar isteri kepada seorang juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Majlis pernikahannya dilakukan secara tertutup di sebuah premis di Bukit Damansara dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat sahaja.

Emma memanjat rasa bersyukur kerana segala impian, niat dan hajat yang beliau simpan selama ini dipermudahkan. Beliau juga turut berjaya memilih tarikh pernikahan yang sangat cantik untuk beliau mengabadikan sebagai detik bahagianya dan suami.

Emma mengenali suaminya ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose pada tahun 2017. Pada ketika itu, mereka hanya berbual kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa sehingga ke alam perkahwinan.

Menerusi akaun Instagram, gambar sekitar majlis sambutan ‘ Bachelorette Party ‘ Emma Maembong telah dikongsikan. Bertemakan ikan duyung, semua yang hadir memakai legging bercorak sisik ikan yang berwarna warni. Majlis ini telah diadakan pada bulan Februari sebelum majlis pernikahan Emma. Namun atas sebab tertentu, baru sekarang gambar-gambar tersebut dikongsikan.

View this post on Instagram

Suprise BACHELORETTE PARTY FOR my sistur @emma_maembongofficial and she’s married now!! 😍😍. . Actually Kita buat party ni awal bulan 2 hari tu.. tapi tak boleh nak upload lagi, so kite perap dulu la semua picture 🐣 😜 Cantikkan semua pakai legging & tshirt Mermaid custom by @beby_maembong & @yaya_maembong. . Thank you ikan-ikan duyung yang sama-sama menjayakan suprise party miema ni @mrsaprenamanrose @chacha_maembong @shikin_maembong @natashaelyzza @mimi_ernida @yaya_maembong @jajazuber @alyaa_syuhaila @seriaileen_emre @along.zaisuria @emanizers . . πŸ§œπŸ»β€β™€πŸ§œπŸ»β€β™€XOXO sayang semua. . @slimdollz_hq. . #bebflava #DuyungSecekak #duyungkerengga #mermaidmalaysia #duyungmalaysia #bengkungbersalin #BebyMaembong #SlimDollz #redhairdontcare #redhair #BengkungBebyMaembong #bengkung #bengkungmoden #slimming #aurapositif #Mermaid #mermaidlife #motivation #believeinyourself #mermaidlove #mermaids #mermaidsquad #DuyungLentiq #bacheloretteparty #maembonggirls #maembong #maembongfamily #emanizers #emmaxshazli #emmaxshazli20022020

A post shared by Shikin Maembong (@shikin_maembong) on

Rata – rata netizen memuji kecantikan adik-beradik Emma yang sememangnya jelita dan menawan. Antara komen-komen mereka :

” Adek beradek lawa.. “

” So gojes sluar tu.. Cantik2 belaka.. “

” Comelnya duyung-duyung ni.. “

” Cantik sangat.. “

” Wah, cantiklah sluar tu.. “

Tahniah kepada Emma dan suami. Emma sememangnya berjaya menyembunyikan kisah percintaannya sehingga tiada apa-apa g0sip di antaranya dan suami sebelum berkahwin. Semoga Emma sentiasa berbahagia bersama suami dan dikurniakan anak yang comel-comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong, Shikin Maembong, Beby Maembong by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..