” Comelnya dengar Emelia cakap, hehe.. ” – Netizen

Datin Dr Halina Mohd Yunos Kongsi Video Gelagat Anak Kembarnya, Sophea Emelia Dan Sheikh Eusof Sedang Bermain. Alahai Emelia Dah Pandai Cakap, Cute Sangat !!

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszpahar mahupun isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos sering berkongsi video perkembangan anak-anak mereka. Paling menjadi perhatian adalah pasangan kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Terbaru, Dr Halina ada memuatnaik satu video yang memaparkan Eusoff dan Emelia sedang bermain papan gelongsor. Pada awalnnya Eusoff yang dahulunya menurun papan gelongsor tersebut setelah Dr Halina menyebut ‘ Super Eusoff ‘ .

Selepas itu, tibanya giliran Emelia, kedengaran Emelia meminta ibunya untuk ‘memperkenalkan’ dirinya juga sebagai ‘ Super ‘. Mendengar suara Emelia dalam video itu begitu comel meskipun Emelia masih belum petah bercakap.

Perkongsian video oleh Dr Halina tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan kembar ini ketika bermain bersama. Hingga kini, video Eusoff dan Emelia itu telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai video yang dikongsikan oleh Dr Halina, ada yang memuji cara Dr Halina melayan anak-anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnya dengar Emelia cakap, hehe. Super Usof, iya ulak iya uper. Alahai Emelia, ger4m tau dengar, hehe.. “

” Emelia was waiting for you to call her super too, hehehe mommy terlupa lah sayang, so cute lah budak ni.. “

” Dr nk kena sebut super Emelia bru turun hahaa cerdik ank2. Suka lah tengok cara Dr dan husbnd layan anak2.. “

” Arghhhhhh cuteness overload lah Emelia & Eusoff. Nanti dah besar Emelia ni mesti cakap tak banyak, hehe.. “

” Double the super lah. Aktif betul Emelia dan Eusoff ni. Comel dengar suara Emelia, hehe tggu mama panggil super dlu baru nak turun. Mama pun rajin betul melayan anak-anak, terbaik lah.. “

” Comelnyaaaaa Emelia tggu sebut super dlu, hahahahaa ger4m betul lah gaya dia. Rambut tu smpai mata pun tak nmpak dah, haaha.. “

” Iya ulak Iya uper. Teringat  video Noah masa kecil dulu terjun sebut “uper owah” hahaa. Sekarang adik2 dia pula.. “

Amboi Emelia comel betul bercakap, patut lah ramai yang ger4m mendengarnya. Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik Eusoff dan Emelia bakal memasuki usia dua tahun pada bulan hadapan. Apa-apa pun semoga pasangan kembar ini terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG drhalina

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..