” Comelnya Cinta, nampak betul muka Thailandnya.. ” – Netizen

Mawar Rashid Kongsi Gambar Terbaru Bersama Anak Keduanya, Raden Seri Rosabella Cinta. Comelnya Cinta, Ger4m Tengok Pipi Dan Rambut Tu !!

Menjadi satu keterujaan buat ibu bapa yang mempunyai anak untuk memuatnaik gambar dan juga video perkembangan anak mereka di media sosial. Begitu juga pasangan selebriti Mawar Rashid dan juga Raf Yaakob. Mawar mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup dengan Raf Yaakob iaitu Raden Muhammad dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Meninjau ke laman Instagram milik Cinta, telah dikongsikan gambar terbaru Cinta bersama dengan Mawar. Cinta dilihat sangat comel memakai romper berwarna putih bercorak bunga pink berserta dengan legging dan juga kasut warna yang sama.

Klip rambut diletakkan pada kedua belah rambutnya yang telah ditocang. Mawar mendukung Cinta dan Mawar tersenyum gembira manakala Cinta pula membuat tidak menunjukkan apa-apa ekpresi pada wajahnya ketika gambarnya dirakam.

Semakin membesar Cinta semakin terserlah kecomelan wajahnya. Peminatnya mengatakan bahawa wajah Cinta sangat menyerupai orang Thailand. Untuk makluman, Mawar mempunyai campuran Thailand di mana asal keturunan ibunya adalah dari Thailand.

Jom baca perkongsian di bawah:

Peminatnya memuji wajah comel Cinta. Antara komen-komen peminatnya:

” Cinta.. Comelnya baby.. Rasa nak cub1t pipi dy tu ger4m.. Nampak betul muka thailandnya.. ger4mnya rambut dia tu.. ” 

Cinta pernah dikrit1k swaktu kecil kerana dikatakan tidak comel seperti ibu bapanya yang cantik dan kacak. Siapa cakap Cinta tak comel, comel je Cinta. Bila tersenyum terserlah lesung pipi pada pipinya itu, menambah kemanisan pada wajahnya.

Wajah baby sewaktu kecil akan berubah-ubah. Pastinya apabila Cinta besar nanti, cantik seperti mummy Mawar. Semoga Cinta membesar menjadi anak yang solehah, yang mendengar kata, menghormati dan membahagiakan kedua ibubapanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rossa Bella Cinta

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..