” Comelnya anak you.. “

Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Bersama Isterinya Elena Hani Dan Anaknya Khalifa Fahrel. Dah Besar Fahrel, Makin Comel Dan Kacak Macam Ayahnya. Cute Sangat !!

Bagi peminat drama tempatan, pasti masih mengingati drama bersiri Pilot Cafe yang menampilkan aktor Fahrin Ahmad sebagai Kapten Ameer Reza. Fahrin merupakan anak kelahiran negeri Johor dan dilahirkan pada 9 Mei 1979. Anak ketiga daripada empat adik beradik ini adalah seorang pelakon dan pengacara.

Tidak hanya drama, Fahrin juga banyak terlibat dalam filem dan telefilem antaranya Pu4ka Tebing Biru dan Persona Non Grata. Memiliki wajah kacak yang macho, Fahrin dipilih menjadi model bagi produk Ganier, Celcom, Power Root dan banyak lagi.

Pernah dikaitkan hubungan cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya, namun jodoh tidak menyebelahi mereka. Kini Fahrin telahpun berbahagia bersama isteri tersayang bernama Elena Hani yang merupakan seorang pramugari. Ikatan rumahtangga ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Khalifa Fahrel.

Menerusi akaun Instagram, Fahrin Ahmad telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama isteri dan anaknya itu. Apa yang menarik perhatian adalah wajah comel Khalifa Fahrel. Sekali pandang wajahnya tak ubah seperti ibunya Elena. Comel sangat la dengan kulit putihnya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji wajah comel Khalifa Fahrel ini. Antara komen netizen :

” Comelnye anak you.. “

” Masha Allah… Handsomenya anak pasangan ini… “

Comel betul si kecil ini. Buah hati pengarang jant0ng Fahrin pastinya. Pastinya Fahrel akan membesar menjadi kacak macam Fahrin pabila besar nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fahrel sentiasa dilindungi Allah dan membesar menjadi anak yang soleh dan berguna untuk kedua ibu bapanya. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fahrin Ahmad by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..