” Comelnya 2 beradik ni.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Dato’ Jamal Abdillah, Nur Azura Yamani Dan El Isaac Yamani. Alahai, Comel Sungguh Dua Beradik Ni, Nampak Begitu Penyayang Azura Pada Adiknya !!

Nama Dato’ Jamal Abdillah sememangnya sudah tidak asing dalam dunia hiburan tanahair. Dia sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian sehinggakan digelar sebagai Raja Pop Malaysia. Walaupun sudah lama bergelar penyanyi, Dato’ Jamal masih mampu mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Meninjau ke akaun Instagram isteri Dato Jamal iaitu Datin Zai Izatti, gambar terbaru dua orang cahaya matanya telah dikongsikan. Mereka ialah Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani. Ini merupakan anak ketiga dan keempat Dato Jamal melalui perkahwinannya yang keempat.

Kedua adik-beradik ini sering menjadi perhatian di media sosial kerana Datin Zai Izatti sering berkongsi video dan gambar anak-anaknya di akaun Instagram. Dia juga rajin berkongsi perkembangan anak-anaknya sejak dilahirkan sehingga kini.

Malah pengikut akaun Instagram Datin Zai Izatti juga gemar melihat gelagat dua adik beradik ini kerana mereka sangat comel. Berbeza hanya setahun sahaja menyebabkan kedua adik-beradik ini dilihat begitu akrab dan Azura juga begitu penyayang dengan adiknya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian gambar ini menyebabkan netizen ger4m melihat mereka berdua. Gambar ini pasti salah satu koleksi gambar yang diambil ketika sesi photosh00tZack tempoh lalu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” MasyaAllah bud4k berdua ni… Ger4m nengok so comel laaa. Adorable kids. comelnya. Subhanallah comelnya 2 beradik ni.. “

” Comel nyee 2 beradik ni. Alololo comeiiii azura n zak … Walaupun tidor . Comel nya siblings ni. azura dan zek anak syurga. Bungk0sss sak4n tu. Comel azura tido pel0k adik.. “

Kedua adik beradik ini sebenarnya dilahirkan pada tarikh yang cukup istimewa. Azura dilahirkan pada 10 Oktober 2019 manakala Zack dilahirkan pada 11 November 2020. Nampak sangat mudah untuk mengingati tarikh lahir mereka kan.

Alahai, memang comel kedua adik-beradik ini. Lihat sahajalah ibu mereka yang cantik orangnya. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibubapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zaiizatti

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..