” Comel tengok gaya dia ‘borak’ dengan kembar sendiri.. ” – Netizen

Video Anak Kembar Hael Husaini, Haelmy Dan Haelman Sedang ‘Berborak’ Buat Peminat Terhibur. Alahai Comel Betul Anak Kembar Hael Ni !!

Pada sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini, penyanyi terkenal, Hael Husaini telah berkongsi gambar bersama anak angkat barunya di laman media sosial iaitu sepasang bayi kembar lelaki. Kedua-dua bayi tersebut telah diberikan nama sebagai Haelmy dan Haelman.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram helenahael, telah berkongsi satu video yang memaparkan Hael sedang meriba anak kembarnya. Selain itu, di posting Hael turut berkongsi kapsyen ‘seorang peramah, seorang lagi pendiam’ .

Dalam video tersebut, kelihatan salah seorang kembar sedang ‘berborak’ bersama kembarnya. Gelagat comel si kecil tidak henti-henti ‘menegur’ kembarnya turut membuat Hael tersenyum dan terhibur melihat gelagat pasangan kembar itu.

Sehingga kini, video anak kembar Hael itu telah mendapat lebih ditonton lebih 40 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Alahai, apa yang terhibur sangat tu, gaya peramah anak Hael itu buat yang menonton video tersebut pasti turut tersenyum.

Tonton perkongsian video oleh Hael di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata peminat Hael telah memberikan kata pujian bahawa anak kembar ini kelihatan comel. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnya kembar ni. Siapa yang peramah tu, mesti adik kan. Alahai kejap je dah besar. Rajin betul Hael mengasuh anak.. “

” Ger4m pula tengok, badan sorang-sorang m0ntel betul. Meriah lah rumah Hael ada anak kembar, mana si kakak Helina, tak join sekali ke.. “

” Sembang apa tu, comel dia borak tengok kembar dia sendiri. Membesar dengan sihat yer kembar, jadi anak yang baik.. “

Selain Haelmy dan Haelman, Hael juga sebelum ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan yang diberikan nama sebagai Nur Helena Hael. Kesemua anak-anak ini telah dijaga oleh Hael sejak usia mereka masih bayi.

Rajin betul Hael mengasuh anak-anak, memang nampak seorang ayah yang sangat penyayang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak Hael ini membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang baik, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Helenahael, Hael Husaini

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..