” Comel sangatlah anak-anak Nabil dan Zira ni.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Terkini Anak-Anak Nabil Ahmad Yang Sangat Comel. Wah Anak Kedua Nabil Seiras Sangat Wajah Mommy, Cantik Sangat !!

Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad sudah lebih 10 tahun dalam industri hiburan tanah air. Bakatnya dalam bidang seni tidak boleh disangkal lagi. Nabil banyak mengacarakan rancangan hiburan di televisyen antaranya ialah Melet0p dan Geg4r Vaganza.

Untuk rekod, Nabil mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya iaitu Nazirah Ayub dan dikurniakan tiga orang puteri yang begitu comel-comel belaka. Mereka ialah Nayla Mikayla berusia 8 tahun, Leyla Medyna berusia 5 tahun dan Mishall Imani berusia 1 tahun.

Meninjau ke akaun Instagram, pasangan ini gemar berkongsi gambar-gambar serta video anak-anak. Tidak seperti selebriti lain, pasangan ini tidak membuka akaun Instagram untuk anak-anak tetapi hanya berkongsi di akaun Instagram Nabil atau pun Zira.

Menerusi akaun Instagram isteri Nabil, Zira banyak memuatnaik gambar bersama anak-anak. Wajah comel dan cantik ketiga-tiga anak mereka ini sering mencur1 perhatian netizen. Manakan tidak, Zira juga merupakan seorang ibu yang cantik, semestilah anak-anak mewarisinya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Teruk curly dia 🤣

A post shared by Zira Ayub (@zira.ayub) on

View this post on Instagram

Who stole my heart.

A post shared by Zira Ayub (@zira.ayub) on

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak-anak pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Comelnye awakk. Comel mcm mommy la muka.. “

” Cute, La besaq dah budak cedik ni.. “

” Comel laaa dri bby smpai besar.. “

” Cantik mcm momy.. Untung lah Nabil, dikelilingi girlss.. “

” Comey sgt lah anak2 ziranabil ni .. “

” So sweet suka aunty tgk semuanye cute.. “

Jika dilihat wajah anak sulung Nabil mirip kepada wajah si bapa manakala anak kedua mereka mirip wajah si ibu. Wajah si adik pula gabungan wajah mereka berdua. Wah, nampak adil pula kan. Semoga Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani menjadi anak kebanggaan ibu dan bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zira Ayub

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..