” Comel sangat, mengadanya muka tu.. ” – Netizen

Sufian Suhaimi Kongsi Gambarnya Semasa Kecil Namun Riak Wajahnya Menikmati Ais Krim Itu Tarik Perhatian Pinat. Alahai, Makan Ais Krim Pun Comel Baby Pian Ni !!

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu dan Terakhir iaitu Sufian Suhaimi mula membina kerjaya di dalam dunia seni pada tahun 2016. Populariti lagu tersebut telah menempatkan beliau ke ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan Anugerah Juara Lagu ke-33.

Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri bersama dua orang rakannya iaitu Sirkhan dan Rinkarnaen. Beliau telah dinobatkan untuk kategori Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 untuk lagu Di Matamu.

Sufian pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy namun jodoh mereka put0s di pertengahan jalan. Walaupun beliau sering dikaitkan dengan kisah lalu namun Sufian tidak kisah dan terus melalui kehidupan dengan lebih positif.

Menerusi akaun Instagram, Sufian berkongsi gambarnya ketika beliau kecil. Gambar tersebut dikongsi sempena hari lahirnya yang jatuh pada 3 Mei. Pada hari ini umur Sufian sudah mencecah 28 tahun. Gambar tersebut mendapat ratusan ucapan hari lahir dari para peminatnya.

View this post on Instagram

Another version of me

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Rata-rata netizen memuji kecomelan Sufian semasa kecil. Antara komen-komen mereka :

” Too cute to handle.. “

” Heee cute happy birthday ean.. “

” Perghhhh muka nikmat betul makan gula gula HAHAHA.. “

” Muke budak ni mcm baby pian la.. “

” Uluu uluu .. why you so cute.. “

” MENGADANYA MUKA TUUUU!!! HAPPY BIRTHDAY! “

” Jgn belagak boleh? Ais krem je pon… “

” Comel sangat “

Jika dilihat wajah Sufian tidak banyak berubah dari kecil sehingga dewasa. Comel juga Sufian semasa kecil dan riak wajah Sufian ketika memakan ais krim bukan main lagi. Kami turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Sufian. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sufian Suhaimi by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..