” Comel sangat baby ni. Rasa nak bawak balik tapi nang1s pulak maknya nanti.. ” – Abby Abadi

Abby Abadi Kongsi Gambar Bersama Baby ‘Noah’ Setelah Selesai Urusan Pembayaran Di Hospital Buat Netizen Tersentuh. Comel Sangat !!

Umum mengetahui Abby Abadi sering membantu keluarga dan pasangan yang tidak berkeupayaan untuk memelihara zuriat dengan mencari keluarga angkat. Bukan sekali malah sudah berkali-kali Abby membantu ramai golongan ini namun semuanya dilakukan secara diam-diam.

Sejak Abby memaklumkan di akaun sosialnya malam tadi tentang keadaan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan memerlukan dana sebanyak RM5000 untuk membayar kos hospital, ramai yang menghantar DM meminta nombor akaun untuk menderma.

Kuasa Allah siapa menyangka, Abby memaklumkan pagi tadi hanya dalam masa 1 jam dana terkumpul sebanyak rm10 ribu. Kej0tan buat Abby yang langsung tidak menyangka ramai yang akan menghulurkan bantuan seikhlasnya buat si kecil itu dan ibunya.

Menerusi akaun Instagram, Abby Abadi telah mengemaskini maklumat terbaru tentang bayi berkenaan. Dengan bantuan orang ramai dan pihak berkuasa, akhirnya Abby dan suami, Faizal selamat sampai di hospital. Setelah selesai pembayaran dan segala yang berkaitan, kini baby tersebut sudah boleh dibawa pulang ke rumah.

Jom baca perkongsian di bawah :

 

Rata-rata netizen memuji wajah comel baby yang dipanggil Noah oleh Abby ini. Antara komen-komen netizen :

” Thank kak abby for your amal.. Ala comelnyeew baby.. ger4mmmmmmmmm.. “

” Comel dan nampak cerdiknya ya Allah.. “

” Thanks kak abby jadi orang tengah. Semoga dimurahkan rezeki kak abby.. “

” Ya Allah comelnya dia dengan mama Abby.. “

” Allahu terima kasih ya allah permudahkan urusan kak abby.. “

” Ya Allah.. Comelnya baby tu.. “

” Allah comelnya baby. Pandai pulak tu angkat kepala.. “

Comel betul baby Noah ni, Beruntung Baby Noah ramai yang sayang. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi Abby dan semua yang membantu meringankan beban keluarga ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga baby Noah akan menjadi anak yang soleh dan berguna dewasa kelak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi, IG Faizal Zakaria by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..