” Comel lah tengok Tokti layan cucu, Ara pun macam-macam tanya, hehe.. ” – Netizen

Video Datuk Siti Nurhaliza Melayan Gelagat Cucunya, Azzahra Jiwa Asyraf Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Comel Part Ara Tanya Macam-Macam Pasal Afwa Dekat Tokti Tu, Cute Lah Ara Ni !!

Bagi yang mengikuti perkembangan Datuk Siti Nurhaliza di akaun Instagramnya, pasti mengetahui yang sekarang dia bersama keluarga sedang bercuti di Pulau Redang. Malah dilihat Datuk Siti juga turut berkongsi gambar-gambar ketika berada di sana buat tatapan peminatnya.

Meninjau di akaun Instagram babyctdk, telah berkongsi satu video yang memaparkan Datuk Siti sedang melayan cucunya iaitu Azzahra atau lebih dikenali dengan panggilan Ara. Untuk pengetahuan, Ara merupakan anak kedua Asyraf Khalid.

Menerusi video itu, Datuk Siti sedang meriba anak lelakinya, Afwa. Ara telah mendekati Datuk Siti dan bertanyakan pelbagai soalan kepada Datuk Siti mengenai Afwa. Sempat Datuk Siti menyak4t Ara dengan bertanyakan adakah Ara mahu adik.

Perkongsian video itu telah mencur1 perhatian ramai peminat. Ada yang menyatakan suka melihat cara Datuk Siti melayan cucunya. Hingga kini, video Datuk Siti bersama Afwa dan Ara itu telah mendapat lebih 2 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan selain itu, ada yang memuji penampilan Datuk Siti tanpa sebarang solekan yang kelihatan cantik serta lebih muda. Antara komen-komen menarik adalah :

” Dah cam bdk spm nmpk lg muda ibu afwa dalam video ni. Hehe comel lah Ara, cakap tak berhenti kan, macam2 ditanyanya.. “

 “Alahai suka tengok Tokti. Sukanya Ara dengan Afwa, panggil adik ke, hehe. Padahal bapa saudara dengan anak saudara, membesar seiring.. “

 ” Comel lah tengok tokti layan cucu, Ara pun macam2 tanya, haha gelak tokwan dengar cucu tanya macam2.. “

” Muka Dato tak pakai makeup pun nampak cantik. Berseri-seri lah, maintain nampak muda macam 30-an.. “

” Cerdik lh Afwa, panggil dan nk suapkn. Anak saudara pun comell sgt, ger4m dengar Ara cakap tu, hehe.. “

 “Adik kakak ke nihh tak mcm mak pun, mcm kakak2 jaga adik2. Semp0i je tengok Ctdk dengan family, happy holiday.. ” 

” Ala comel Ara main dgn baby Afwa, hahahaha maktok tanya Ara nak baby tak, hehe. Nampk Ara suka betul dengan Afwa.. “

Comel lah tengok gelagat Ara dan Afwa dalam video itu. Apa-apa pun, selamat bercuti buat Datuk Siti Nurhaliza sekeluarga. Di kesempatan ini, kami dari Oh Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada suami Datuk Siti iaitu Datuk Khalid yang baru sahaja menyambut hari lahirnya semalam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Babyctdk, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..