” Comel lah tengok Tan Sri sempat lagi mengus1k Puan Sri.. ” – Netizen

Video Puan Sri Normala Samsudin Bersama Suaminya, Tan Sri Azmi Khalid Ketika Menghadiri Satu Majlis Rasmi Cur1 Perhatian Netizen. Alahai Romantis Tengok Pasangan Ni, Semoga Kekal Bahagia !!

Meskipun kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia penyiaran, nama Puan Sri Normala Samsudin tidak pernah dilupakan oleh orang ramai. Malah ada sahaja perkongsian mengenainya di laman media sosial pasti menjadi tumpuan umum.

Terbaru, dikongsikan oleh Puan Sri Normala di akaun Instagramnya akan satu video yang memaparkan dia bersama suaminya telah menghadiri satu majlis rasmi di Pulau Pinang. Kongsi Puan Sri Normala, majlis tersebut adalah majlis angkat sump4h Jawatan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Ke- 8.

Kelihatan Puan Sri Normala tampil berpakaian baju kurung manakala suaminya pula, Tan Sri Azmi memakai pakaian rasmi untuk majlis istiadat tersebut. Selain itu, pada posting Puan Sri Normala turut memberikan kata ucapan tahniah kepada lantikan baru itu.

Namun perkongsian video yang melihat Puan Sri Normala berjalan seiring bersama suaminya keluar dari dewan telah mencur1 perhatian ramai. Manakan tidak, Tan Sri Azmi sempat mengus1k isterinya sebelum mereka bersama-sama berpegangan tangan untuk turun dari tangga.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut memberikan ucapan tahniah ke atas lantikan baharu Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Ke 8 dan mereka juga memuji Puan Sri Normala dan suaminya yang kelihatan begitu romantis bersama.

” Tahniah Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang baharu, cantik lah Datin Seri, nampak ayu.. “

” Alaaa sweet betul lah pasangan ni, sempat lagi Tan Sri tu mengus1k Puan Sri, buat-buat nak ters4dung, hehe so cute.. “

” Pasangan bahagia, semoga Puan Sri dan Tan Sri terus bahagia hingga ke akhir h4yat dan diberikan kesihatan yang baik slalu.. “

” Tahniah atas lantikan baru bagi negeri Pulau Pinang. Romantis tengok video ni, suka tengok gaya pasangan ni.. “

” Jarang nk dapat tengok pasangan merpati sejoli ni mcm ni, saya pula tersenyum sorang-sorang tengok video ni.. “

” Isteri yang solehah, tlg pimpin tangan suami, sweet lah Puan Sri ni, Tan Sri pun apa kurangnya, suka menyak4t rupanya, haha.. “

” Lawanya, tak pernah tak cantik lah Puan Sri ni, smga Puan Sri dan Datuk Sri sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. “

Comel tengok gaya pasangan ini dalam video tersebut. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Puan Sri Normala Samsudin dan suaminya, Tan Sri Azmi Khalid sentiasa bahagia bersama hingga ke jannah, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..