” Comel la dia, macam muka anak Marian Rivera.. ” – Netizen

Tya Adnan Kongsi Wajah Terkini Anaknya Aaira Ameena. Wajah Ameena Dikatakan Seiras Dengan Anak Pelakon Filipina, Marian Rivera. Lesung Pipit Tu Manis Betul !! 

Pasangan pelakon Shukri Yahaya dan Tya Adnan bukan nama baru. Kedua-duanya sudah mencipta nama dalam dunia lakonan. Shukri sehingga kini masih lagi aktif dan drama terbarunya sedang ditayangkan di kaca TV sekarang. Manakala Tya pula sudah bersara daripada bidang seni dan lebih menumpukan kepada business dan keluarga.

Tya sebelum ini pernah membintangi filem antaranya Ular. Menerusi filem inilah pasangan ini berkenalan dan akhirnya berakh1r ke jinjang pelamin. Berkahwin pada 2015 yang lalu, mereka sudahpun dikurniakan seorang anak bernama Aaira Ameena.

Amat manja dengan ayahnya, Ameena mewarisi wajah kedua ibu bapanya. Gelagat Ameena sering mengembirakan Tya dan Shukri.  Tya yang kini sedang hamil anak kedua dan mengumumkan bakal menimang anak lelaki. Tentu adik pun bakal cute seperti kakak Ameena.

Meninjau akaun Instagram, Tya Adnan telah berkongsikan beberapa keping gambar anaknya Ameena. Bakal bergelar kakak, si cilik ini pandai sungguh buat muka yang cheeky. Kadang-kadang muka ayah, kadang-kadang nampak macam muka mommy pulak Ameena ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Always my first love ❤️

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Wajah Ameena yang persis Shukri Yahaya ini menarik perhatian netizen. Apatah lagi dengan lesung pipitnya itu. Antara komen-komen mereka :

” Eeeeee cutenyaaa meena ni. lesung pipit meena manisnyaaaaa.. “

” MasyaAllah aaira ameena sentiasa comel. suka tengok muka dia.. “

” Cantik sangat amena. macam muka ayah dia.. “

” Hidung Ameena tajam mcm mommy laaa.. “

” Dimple ameena tu yang mahal. Knape comel sgt ni.. “

” Shukri Yahaya sungguh Ameena ni kan. Kecik kecik dah cantikkk.. “

” Comel la dia, macam muka anak marian rivera.. “

Alahai Ameena ni, mimik muka tu buat ger4m sesiapa yang melihatnya. Ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan dan mencuit hati. Apa pun, semoga Ameena menjadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya ini. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Adnan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..