” Comel je seorang lari sana seorang lari sini. Macam main pass baton.. ” – Netizen

Gelagat Anak Kembar Zarina Zainuddin, Azal Dan Azil Yang Begitu Menghiburkan. Alahai Caring Betul Azal Pada Azil Ni, Cara Bagi Azil Makan Ubat Tu Comel Je. Part Last Paling Lucu, Macam Bersukan Pulak Dua Beradik Ni. Kelakar !!  

Pelakon Zarina Zainuddin antara pelakon veteran yang sudah lama bergelumang dengan dunia hiburan tanah air. Zarina dikenali kerana lakonannya yang hebat dan penuh penghayatan. Sering melakonkan watak antag0nis dan air mata, lakonannya sering membuatkan penonton benc1 dengan watak yang dibawakannya itu.

Umum mengetahui Zarina hidup bermadu dan merupakan isteri kedua kepada Dato’ Abdul Raihan Wan Jaafar. Ketika sambutan hari raya aidilfitri yang lalu, Zarina ada berkongsikan wajah madunya dan suaminya bersama anak-anak mereka bersama-sama menyambut hari raya.

Zarina mempunyai sepasang anak kembar bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai. Mereka adalah anak istimewa dan mengh1dap aut1sme. Zarina juga sering berkongsi video anak-anaknya ini sebagai panduan untuk ibu bapa lain yang turut mempunyai anak aut1sme.

Meninjau akaun Instagram Zarina, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan Azal sedang memberikan Azil makan ubat. Azal yang menjaga rutin harian Azil sentiasa memastikan adiknya itu mengambil ubat dan makan tepat pada masanya. Besar sungguh kasih sayang Azal pada Azil ini.

Jom tonton video di bawah :

Aksi Azal dan Azil yang berlari seakan-akan lumba lari selepas diberi ubat mencuit hati peminat. Nampak sangat sayangnya Azal pada Azil. Antara komen-komen mereka :

” Comel je lps tu sorg lari sana sorg lari sini. mcm main pass batton.. “

” Seperti ada brain connection both of them, masyaAllah.. “

” Saya suka tngok azal jaga abg azilnya. Baik sangat.. “

” Lari terus bwa cawan tu.. Muga diorang sihat2 selalu yee.. “

” Terharunya tgk kasih syg dua beradik ni. Anak2 yg normal blm tentu dpt buat mcm ni… Respect sgt.. “

” Bagusnye azal ni, terharunye tgk diarg berdua. semoga dikurniakan kesihatan yg baik azal azil.. “

” They completed each other .. Allah knows best.. “

” Dorang ni mcm brain connetions …. azal tak pyh tgk pon abg dia dh habis minum air tp dia dpt rase… ambik cawan then lari.. “

” Tertib betul dan tangkas2. Sabar je Azal tunggu Azil makan ubat.. “

” MasyaAllah kasih sayang yg luar biasa. Seb4k kita yang melihat anak syurga ni.. “

Sesungguhnya Allah merancang dan mengatur yang terbaik buat dua beradik ini. Azal walaupun dirinya juga tidak seperti orang normal, Azal tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai abang dengan bagus. Semoga Azal dan Azil sentiasa sihat dan menjadi anak yang membanggakan hati ibu mereka kelak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..