” Comel cara Urwa ‘bye bye’ tu.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Nadzmi Adhwa, Arwa Malaikha Urwa Membuat Gaya ‘Bye Bye’ Yang Comel. Alahai Dah Besar Dah Urwa, Makin Bijak !!

Anak perempuan pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana iaitu Arwa Malaikha Urwa antara si cilik yang popular di media sosial dan turut mempunyai peminat-peminatnya yang sering mengikuti perkembangannya.

Terbaru, Nadzmi ada berkongsi video terbaru yang memaparkan gelagat Urwa yang disuruh menyebut perkataan ‘bye bye’ dan membuat gaya tersebut. Kongsi Nadzmi lagi, Urwa merupakan bayi PKP di mana dia dilahirkan semasa PKP dan umurnya kini sudah memasuki 1 tahun, masih PKP.

Selain itu, pada posting lain, Nadzmi turut berkongsi ucapan selamat hari lahir buat anak kesayangannya itu pada semalam, 5 June. Genap umur Urwa satu tahu kan, pantas betul masa berlalu, selamat hari lahir Urwa.

Perkongsian video gelagat Urwa itu hingga kini telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka daripada netizen sejak dimuatnaik ke akaun Instagram. Comel melihat gelagat Urwa yang cuba menyebut perkataan ‘ bye bye’ dan membuat gaya tersebut.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat comel Urwa menerusi video itu dan mereka juga turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Urwa. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Suka tengok Urwa ni, comel. Dah pandai ‘bye bye’ tu. Kejap kan masa, dah umur setahun dah Urwa. Selamat hari lahir sayang.. “

” Happy Birthday Urwa, semoga menjadi anak yang solehah buat bab dan umi ya sayang. Tak pernah tak comel lah si kecil ni.. “

” Haha Bye2 nak ke mana tu Urwa. Duduk molek2 dalam rumah ya sayang, kat luar banyak v1rus. Tak pe, nanti dah reda semua, baba Urwa bawa g jalan2 ok.. “

” Anak saya pun, baby PKP juga, kebetulan sama tarikh lahir dengan Urwa. Selamat hari lahir Urwa, makcik doakan semoga Urwa membesar dengan sihat.. “

“Hahah bye2 sama cara dgn anak akak. Baby pkp jugak, lahir June 2020. Semoga anak2 kita dijauhi daripada penyak1t bah4ya, amin.. “

” Makin bijak betul Urwa ni. Selamat hari lahir Urwa yang ke -1 tahun, dah boleh berjalan dah pandai sebut byebye dah yer, so cute lah.. “

” Halah, nampak gigi dia dua batang kat bawah tu, comel lah Urwa. Cara byebye tu yang comel, baba nk bawa Urwa jalan2 ke tu.. “

Alahai comelnya tengok gelagat anak perempuan Nadzmi ni, dah besar dah dia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Urwa, semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nadzmi Adhwa

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..