” Comel anak Dato’ dan Datin.. “

Dipanggil Datin Oleh Netizen, Ini Respon Adira Suhaimi Sendiri !!

Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira mula mencipta nama dalam industri seni selepas menyertai  Akademi Fantasia. Beliau yang berasal dari Ranau, Sabah telah dinobatkan sebagai naib juara dalam rancangan realiti tersebut.

Adira aktif menyanyi sejak dari zaman persekolahan lagi di mana beliau menyertai kumpulan nasyid di sekolahnya. Beliau juga turut banyak menyertai pertandingan nyanyian di sekitar Sabah dan banyak memenangi beberapa pertandingan.

Adira telah berkahwin dengan Dato Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla Thailand sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Anggerik, Asan dan Anggun.

Menerusi akaun Instagram, Adira berkongsi gambar bersama anaknya, Anggrek yang kini berusia tiga tahun. Wajahnya yang comel saling tidak tumpah seperti ibunya membuatkan ramai netizen memuji kecomelannya. Adira juga cantik seperti anak dara.

Rata-rata netizen memuji kecantikan kulit Adira dan kecomelan anaknya. Antara komen-komen mereka :

” Adira Cantik nya tengok anak Comel betul.. “

” Comey sgt2.. “

” Ibu cantik, anak comel. . “

” Shomellll Dua2.. “

” Muka mamanya ni  cumil noh kopio ei.. “

” Cantik ibu n ank.. tp adira kulit cantik sgt mulus gitu .. “

” Cantik Dan tak somb0ng org nya… “

Namun seorang netizen memanggil Adira sebagai ‘Datin’ dan ini respon Adira :

Sememangnya betul apa yang Adira katakan kerana beliau merupakan isteri kedua. Hanya isteri pertama sahaja yang mendapat gelaran datin. Respek Adira balas komen peminat dengan begitu baik sekali. Apa pun, anak-anak Adira sememangnya comel-comel belaka. Semoga Adira sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..