” Cinta hanya untuk yang SATU.. “

Majlis Resepsi Tasha Shilla Bertemakan Rama-Rama Simbolik Cinta Sejati Yang Sangat Unik. Wah Lambang Cinta Yang Tiada Tolak Bandingnya. Sweet Sangat !!

Seumpama mimpi, perkenalan yang hanya berlangsung selama dua bulan akhirnya membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Tasha Shilla, pelakon yang sentiasa mendapat perhatian ramai seorang yang berjiwa penyayang . Memilih seorang jejaka bernama Muhamad Atiq Idris, pasangan ini mengikat tali pertunangan di suatu majlis tertutup pada 23 Februari.

Mereka selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 28 Februari lalu di mana majlis akad nikah mereka diadakan di Masjid Wilayah simbolik pertemuan mereka di sini. Majlis resepsi bertemakan warisan melayu tradisional berlangsung penuh meriah pada sebelah malamnya.

Dan semalam telah berlangsungnya majlis resepsi kedua dengan tema ‘Magical Love Night’ . Tasha yang mengenakan busana unik yang dihiasi bentuk rama-rama buat beliau kelihatan sangat jelita. Keindahan majlis diserikan lagi dengan persembahan dari rakan artis antaranya Hafiz Suip.

Menerusi akaun Instagram, Tasha Shilla telah berkongsikan beberapa keping gambar semasa majlis resepsinya yang berlangsung malam tadi. Bertemakan Magical Love Night Atiq x Tasha, suasana majlis dengan dekorasinya yang menarik buat rasa ketenangan itu wujud seumpama berada di lautan rama-rama.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji keindahan majlis ini. Antara komen-komen netizen :

” Cinta hanya untuk yang SATU.. “

” Lawaaaanya!.. “

” Sama cantik dan padan semoga berkekalan.. “

” Sweet sangat you both tasha and husband.. “

” Cantiknyer. Dress melet0ps-let0ps.. “

” Baju, make up, pelamin, pengantin, decoration… Semua la cantiknya…. Semoga kekal hingga akhir hayat… Amin.. “

Unik betul tema dan dekorasi yang ditonjolkan oleh pasangan pengantin baru ini. Keindahan alam seindah kisah cinta mereka seakan-akan simbolik percintaan sejati. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga percintaan sejati ini akan sentiasa mekar sehingga ke akhir hayat. Moga berbahagia selalu Tasha dan Atiq. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tasha Shilla, IG Dreamlab Studio by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..