” Cik B cerahnya, makin comel lah dah pandai senyum manis gitu.. ” – Netizen

Kongsi Video Terbaru Instagramnya, Wajah Cik B Jadi Perhatian Ramai. Wah Dah Lain Muka Cik B Sekarang, Makin Comel. Komen Daripada Kucaimars Juga Sesuatu Sangat. Berbunga Dan Bersemut Lah !!

Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Cik B. Anak kepada pengasas dan jutawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida ini pernah menerima anugerah khas sebagai ikon anak muda tahun lalu. Walaupun baru berusia belasan tahun dan masih lagi bersekolah, Cik B ada wawasan dan cita-citanya sendiri.

Cik B seorang yang kreatif dan sering membuat video-video menarik membuatkan ramai warganet mengikuti perkembangannya. Walaupun sering menerima kec4man kerana wajahnya yang agak gelap berbanding ibunya yang putih melepak, itu bukan pematah semangat untuk gadis ini.

Ketika Cik B menjadi cover majalah Nona bersama Dato’ Seri Vida beberapa bulan lalu, ramai yang terpegun melihat wajah Cik B setelah disolek. Memang cantik dan ada daya tarikannya sendiri. Cik B juga turut menjayakan muzik video Kucaimars sebagai pasangan kekasih.

Menerusi akaun Instagram Cik B Havoc, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B bertanya khabar peminatnya. Cik B yang jarang aktif di laman Instagram kerana lebih banyak berkongsi di Twitternya. Apa yang menarik wajah Cik B kelihatan lebih cerah sekarang ini.

Jom tonton video di bawah :

Wajah terkini Cik B itu buat peminat teruja melihatnya. Wah dah lain la Cik B sekarang bukan yang dulu. Antara komen-komen mereka :

” Cik B cantiknyeeee. u look so cute with braces.. “

” Haiii cikB. lama tak muncul, skli muncul dh putih cntik.. “

” Cik b dah putih. Makin cantik laa diaa.. “

” Putihhh nye cikbieee. Comel je dengan braces tu.. “

” Cikb serius makin comel makin cantik sgt.. “

” Alaaa cantikkk aaa cikb pkai bracess.. “

” Cik B cerahnya, makin comel lah dah pandai senyum manis gitu.. “

Namun komen daripada penyanyi Kucaimars menarik perhatian. Amboi kamu orang ini macam betul-betul ada something je.

Wah dah semakin berubah la wajah dan penampilan Cik B ni. Ada hasilnya juga kena paks4 dengan mama suruh practice senyum dan tony0h-tony0h muka ni. Berseri-seri pulak nampak Cik B, sampai Kucaimars komen miss you lagi. Apa pun, semoga Cik B ceria selalu dan gembira di samping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cik B Havoc, IG Dato’ Seri Vida, IG Kucaimars

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..