” Chef ni asyik makan bila nak siap makanannya.. ” – Netizen

Video Ardy Wira Menjadi Chef Di Dapur Yang Sangat Menghiburkan. Part Sagat Cheese Tu Paling Comel, Sekali Sagat Sekali Masuk Mulut !!

Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Ardy Wira. Si kecil ini adalah anak kepada Betty Rahmad iaitu adik kepada pengarah dan pelakon, Erma Fatima dan Datin Umie Aida. Mesra dengan panggilan Wira, gelagat si comel ini sering menghiburkan ramai.

Betty sering berkongi gambar-gambar dan video-video mengenai aktiviti yang dilakukan oleh Wira di akaun Instagram miliknya atau Wira sendiri. Sebelum ini, Betty pernah berkongsi beberapa kali video Wira yang rajin membantunya di dapur.

Betty menyiapkan Wira lengkap dengan apron dan topi chef. Sekali pandang Wira sama seperti Chef Kobe. Wira pula pandai memandang kamera dan memberi senyuman setiap kali Betty merakam aksinya di dapur. Pasti ada sahaja yang mencuit hati dilakukan oleh Wira.

Menerusi akaun Instagram Ardy Wira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Wira sekali lagi menjadi Chef di dapur. Jika sebelum ini Wira menyediakan hidangan ‘Kacang Peas’, kali ini Wira tampil dengan menu yang lain pula. Seperti biasa, Wira yang dibantu oleh ibunya ini tidak lekang dengan senyuman di bibir.

Jom tonton video di bawah:

View this post on Instagram

#ardywira #17monthsold #wiramakanapa

A post shared by Ardy Wira Bin Ardy Shafiq (@ardywira_) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Wira ini. Antara komen-komen mereka :

” Haha masalahnya sekali sag4t sekali masuk mulut. Comel betul la.. “

” KOBE EATS versi malaysia.. comel sgt. Ala so cute smile at the end.. “

” Eeeee…. ger4mmm nye kat budak ni. dah lah cute, bijak ! “

” Banyak makan dari masak kamu niiii wiraaaa. ger4m betholll laaa cute sangatttt.. “

” Bijak mommy wira ajar wira. Mcm Kobe daaa… love both.. “

” Mcm little chef kobe dah tp wira lg cute.. Chef ni asyik makan bila nak siap makanannya.. “

” Sweet nye kamu. Senyum xlekang dr mulut.. “

” Bercakap belom lancar, gaya mcm org dewasa. Alahai Ardy…. Semuga berjaya dunia akhirat.. “

Pandai sungguh Chef kecil ni menolong di dapur. Ringan tulang dan jadi pembantu setia mommy. Aksi sambil sagat cheese sambil makan tu alahai Wira, comel sangat.  Apa-apa pun, semoga Wira membesar dengan sihat selalu dan terus ceria bersama keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardy Wira, IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..