” Cantiknya rumah. Rumah ke istana ni, punya besar.. ” – Netizen

Video Pemandangan Rumah Agam Azhar Sulaiman Buat Peminat Kagum. Dengan Luas Dan Besarnya, Wahhh.. Gah Sungguh !!

Nama pelakon Azhar Sulaiman cukup popular di era 90-an. Filem gandingannya bersama penyanyi Amy Mastura berjudul Abang 92 masih segar di ingatan ramai peminatnya. Banyak lakonannya ketika itu menaikkan namanya antaranya Mira Edora, Sayang Salmah dan banyak lagi.

Bukan setakat berbakat dalam lakonan, Azhar Sulaiman seorang artis yang mempunyai kelulusan akademi yang membanggakan. Bekas pelajar di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom ini adalah seorang pakar dalam bidang senibina dan bergelar arkitek.

Maka tidak hairanlah jika dilihat dari rumah kediaman Azhar yang tersergam indah. Keunikan seni bina dan rekaannya yang elegan, di samping lanskap yang tersusun buat suasana terasa mendamaikan apatah lagi bila melihat keluasan rumahnya seakan melihat keluasan sebuah istana.

Menerusi akaun Instagram, Azhar Sulaiman telah berkongsikan satu video yang menunjukkan pemandangan keseluruhan dari luar rumahnya. Menunjukkan keluasan sebenar rumahnya itu buat ramai netizen merasa kagum. Luas betul kawasan rumah dah macam istana.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian dari Azhar Sulaiman ini menarik perhatian ramai peminat. Antara komen-komen dari mereka :

” Mummy kena buka kelas macam mana nak menjana duit nak buat rumah besar tu haaaaa.. “

” Lawa sangat rumah.. Cantiknya. Ada elemen tropical resort kat situ.. “

” Cantiknya rumah mami. Besar boleh sembuny1-sembuny1.. “

” Berapa keluasan rumah mami ? Sy bminat design macam ni.. “

” Rumah architect selalunya tak ade yang tak cantik.. Penuh seni dan teliti.. Unik.. “

” Besar dan cantiknya rumah mami.. “

” Cantik sungguh house mami.. Tenang je rasa.. “

” Cantiknya rumah. Rumah ke istana ni punya besar.. “

Gah betul rumah Azhar Sulaiman ni. Rekaan yang unik dengan keluasan yang luas buat rumahnya terlihat seakan-akan istana. Itu baru panorama luaran, rekaan dalaman kami percaya pasti lagi mempes0nakan. Tahniah dan semoga terus success !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azhar Sulaiman

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..