” Cantiknya, mesti mahal kan kad kahwin transparent ni.. ” – Netizen

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Video Kad Jemputan Majlis Resepsi Perkahwinannya 11 Tahun Yang Lalu. Wahh Kad Transparent, Memang Nampak Eksklusif Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi satu video yang memaparkan Dr Sheikh sedang menunjukkan kad jemputan majlis resepsi perkahwinannya bersama isteri tersayang, Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 11 tahun lalu.

Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi cerita akan impiannya membuat majlis yang sangat istimewa dan kelihatan lain daripada yang lain. Selain itu, kek perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar juga berbentuk Roket Soyuz dan jemputan tetamu pada majlis tersebut adalah Raja-raja dan 100 wira angkasawan.

Perkongsian video oleh Dr Sheikh Muszaphar tersebut telah mencur1 perhatian ramai. Manakan tidak, kad jemputan perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar yang dicetak secara transparent dilihat sangat eksklusif.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar itu telah ditonton lebih 87 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Wahh, memang cantik betul kad jemputan perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video oleh Dr Sheikh Muszaphar dan ada yang memuji sikap Dr Sheikh Muszaphar dalam video tersebut tidak berkongsi aurat isterinya dahulu yang masih belum bertudung ketika itu. Antara komen-komen menarik adalah :

¬†” Cantiknya, mesti mahal kan kad kahwin transparent ni. Bagus doc jaga aurat isteri. Masa nie saya sekolah lg, kecew4 kejap doc dah kahwin masa tu, haha.. “

” Sampai skrg takde org t1ru lagi idea kad kawen transparent ni, sekarang rasa harga memang mampu tengok jelah.. “

” Boleh sy berikan 10 love tak, so lovely. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dunia Dan akh1rat utk Dr sekeluarga.. “

” Betul masa ni, dah tercongok depan tv nak tgk live akad nikah DR cantik sungguh masa tu terpegun.. ‘

” Remember the buaian angkasa, ¬†burning it down. Its so epic. Semoga hubungan rumah tangga Dr Sheikh Muszaphar dan isteri kekal hingga ke akhir hayat.. “

” Wow, Tgk kad ni pun dh berdiri bulu roma. Apatah lg perasaan dr Harlina masa akad nikah tu kan. Am sure she is d happiers girl.. “

” Cantiknyaa kad kahwin. Apa lagi wedding Dr. Saya tgk live masa ni, wedding yg indah sebab ramai astronaut yg hadir masa ni.. “

Bila tengok video kad jemputan perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar ni, tiba-tiba terbayang ketika itu semua tertunggu-tunggu nak tengok live di kaca televisyen, cepat betul masa berlalu. Semoga Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina sentiasa bahagia bersama dan kekal sehingga ke syurga.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina Mohd Yunos

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..