” Cantiknya mama Ummi ni, tak nampak dimam4h usia langsung.. ” – Netizen

Video Ummi Nazeera Bersama Ibunya, Datuk Seri Maziah Musa Raih Perhatian Peminat. Wah Nampak Muda Je Mama Ummi Ni. Macam Kakak Dengan Adik Je. Sama Cantik Dan Manis !!

Pelakon Ummi Nazeera nama yang cukup dikenali ramai. Bakat lakonan yang ada pada jelitawan ini seringkali membuatkan peminat memuji penghayatannya dalam setiap drama yang dilakonkan. Terkini Ummi sedang trending menerusi drama Risik Pada Hati.

Meninjau akaun Instagram Ummi Nazeera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ummi bersama mamanya, Datuk Seri Maziah Musa menghadiri sebuah majlis. Memakai busana berwarna hitam dan seakan sama corak batiknya, anak dan ibu ini menjadi perhatian peminat.

Walaupun mama Ummi sudahpun berusia, namun tetap nampak awet muda. Kata peminat seperti melihat Ummi bersama kakak sahaja dek kerana wajah mama Ummi yang kelihatan seperti 30-an sahaja. Sama cantik anak dan ibu ini.

Untuk rekod, Ummi merupakan saudara kandung kepada Nazreem Musa Zainul Abidin. Hanya dua beradik, tidak hairanlah Ummi sangat manja dengan mamanya ini. Banyak lagi gambar mesra anak dan ibu ini dapat dilihat menerusi akaun Instagram rasmi Datuk Seri Maziah Musa.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Ummi ini sehingga kini telahpun meraih lebih 4000 tanda suka daripada peminat. Ramai yang memuji wajah mama Ummi ini dan antara komen-komen mereka :

” Salam Maal Hijrah my favaorite actress. Cantiknya mama Hayfa ni, Salam from Indonesia.. “

” Prettynya mama kak Ummi ni, nampak muda macam adik dengan kakak je. Cantik tak puas tengok wajahnya.. “

” Mak lawa macam anaknya juga. Cantiknya mama Ummi ni, tak nampak dimam4h usia langsung.. “

” Cantiknya kak ummi and mama kak ummi omg serious so lawa and cute by the way love your acting so much kak ummi.. “

” Ayunya mama Ummi ni, patutlah Ummi cantik mewarisi kecantikan mamanya.. Anak dan mak sama-sama jelitawan.. “

” Kedua-duanya manis sekali. Tak jemu mata memandang, no wonder la mak dia pun cantik.. Nampak macam 30-an je muka mama Ummi ni.. “

” Copycat sama muka cantiknya mama Ummi. Anak cantik, mama pun cantik. Eei sukalah tengok mak dan anak ni, Maniss betul senyumannya.. “

Seronoknya tengok Ummi bersama mamanya ini, jelas manjanya si anak bersama si ibu. Semoga Ummi dan Datuk Seri Maziah sentiasa di bawah rahmat Allah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ummi Nazeera , IG Maziah Musa

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..