” Cantiknya bertudung Kak Engku, makin nampak muda.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Berhijab, Penampilan Raja Azura Raih Tumpuan Ramai. Wah, Makin Nampak Muda Pula Kak Engku, Manis Sangat Bertudung !!

Y.M Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku (K.E) merupakan seorang yang berbakat dalam bidang seni. Raja Azura bukan sahaja berbakat dalam lakonan malah merupakan seorang penyanyi, pelawak, pengacara, penghibur dan penyampai radio yang terkenal.

Meninjau ke akaun Instagram, Raja Azura ada memuatnaik gambarnya memakai tudung. Dia yang lengkap berbaju kurung biru gelap dan mengenakan tudung bawal berwarna biru muda, penampilan Raja Azura nampak manis dan cantik sekali.

Malah ramai netizen memuji penampilan Raja Azura apabila bertudung. Ada yang menyatakan dia nampak semakin muda dengan mengenakan hijab. Dengan kapsyen yang turut bertanya pada netizen sama ada dia dilihat comel, perkongsian ini membuatkan ramai bersetuju dengan penampilannya itu.

Walaupun begitu, perkongsian ini bukanlah bermakna Raja Azura sudah berhijab sepenuhnya. Namun tidak mustahil suatu hari nanti Raja Azura terbuka hati untuk memakai hijab sepenuhnya kan. Apa pun, nampak cantik Kak Engku.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Penampilan Kak Engku yang manis bertudung telah meraih pujian daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Comel kak engku, legend. mak kan macham macham betul … semoga yang baik2 saje untuk kita semua. cantik mak. Nampak muda.. “

” Assalamualaikum Wbth… Salam Pagi Mak atau KE… Semoga Dipermudahkan Segala Urusan…. Aamiin.. Sis cantik sangat rindu.. “

” In shaa allah…. Muga Allah mempermudahkan segalanya…. Doakan yang baik2 buat semua…. Comey mak banang bertudung azam tahun baru ka.. “

” Comel la kak… comel lagi.. makin anak membesar makin nampak muda.. manisnya nak habaq mai.. Segak bebenor wei.. “

” Alahai kak engku, terpelant2ng manis 17, dirimu semakin nampak awet muda saban tahun.. ku jua ingin sepertimu, sy doakan kak engku dilimpahi kebahagiaan, diperluaskan rezeki dan maintain cun melecun… aamiin.. “

” Cantik mama pakai tudung. cantiknya bertudung bawal. semoga dipermudahkan. muka seposen je kenapa plak tew.. “

” Allhamdulillah semuga dipermudahkan segalanya,amin. cantiknya kak engku. comelnya ko kak, semakin nampak muda belia.. “

Netizen juga turut mendoakan yang baik-baik buat Raja Azura supaya dipermudahkan segala urusan. Semoga Raja Azura terus berjaya dalam industri seni dan dalam apa jua bidang yang diceburi. Diharap tahun 2021 lebih baik daripada tahun sebelumnya buat Raja Azura.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Azura

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..