” Cantiknya Aaisyah, ingat Annabelle tadi.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar-Gambar Photosho0t Anaknya Aaisyah Dhia Rana Bertemakan Klasik Inggeris, Perkongsian Rozita Che Wan Raih Perhatian Ramai. Alahai Cantiknya Aaisyah, Dah Macam Princess Sangat !!

Pernah mendapat gelaran si cilik popular, nama Aaisyah Dhia Rana semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Anak kepada selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini mempunyai rupa paras yang cantik meskipun umurnya baru sahaja memasuki 6 tahun.

Hasil tinjauan terbaru kami di Instagram rozitachewan1, Che Ta telah berkongsi beberapa gambar Aaisyah dengan kapsyen ‘Happy birthday’. Untuk makluman hari lahir Aasiyah adalah pada 1 November. Berkemungkinan ini adalah gambar thr0wback ketika sambutan ulangtahun kelahiran yang lepas.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Aaisyah kelihatan sangat comel dan cantik memakai baju gaun berwarna pink lembut dan bercorak polkadot. Meskipun telah lebih sebulan hari lahir Aasiyah diraikan, namun gambar-gambar ini dikongsikan oleh Che Ta untuk tatapan semua peminatnya dan peminat Aaisyah sendiri.

Gambar-gambar Aaisyah yang bertemakan klasik Inggeris menyerlahkan lagi wajah kacukan si comel ini. Walaupun masih kecil, tetapi Aaisyah sangat pandai bergaya depan kamera apabila penampilannya dirakamkan. Mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi bukan.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Penampilan Aaisyah yang cantik meraih perhatian peminat. Rata-rata mengucapkan selamat hari lahir buat Aaisyah disebabkan kapsyen Che Ta dan ada yang menyamakannya seperti Annabelle. Antara komen-komen peminat adalah :

” Salam, pibesday my sweet lil’ princess aaisyahdhiarana111. semoga panjang umur, murah rezeki and sihat selalu aminn – love from aunty ya.. ” – Fatiya Latiff

” Happy birthday princess. grow up and be pretty and kind person as ur mom. Pibeday ecah shomel.. “

” Let0p naaaa.. Happy Birthday Aisyah… moga menjadi anak kebanggaan keluarga satu hari nanti. Kecik2 dh lawaaa.. “

” Happy Birthday Aisyah, moga berjaya di dunia & akhirat.. Tabarokallah hu fiq Aaisyah. Sanah helwah syg, Allah yubarik fik. igt Annabelle td.. “

” Happy birthday beautiful girl, kita samalah December babies. cantiknya Aasyah hari ni. moga sentiasa dlm lindungan Allah.. “

” Happy birthday comeiii Ecah. Semoga menjadi anak yg soleh, panjang umur serta murah rezeki hendakNya.. “

” Epy bufday aishah… moga membesar dgn sihat dan dilindungi Allah s.w.t.. Aaminnn. Macam anabelle jee hahaha.. “

Cantik sungguh Aisyah, kecil-kecil lagi sudah cantik begini. Bila besar nanti tidak tahu lah macam mana nak menggambarkan kecantikan Aaisyah. Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua orang tua di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..