” Cantik wife Amir, seiras la. Selamat pengantin baru Amir.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Majlis Pernikahan Anggota Kumpulan Floor 88, Amirul Affeq Dan Pasangannya, Zarith Shawara. Sama Cantik Sama Padan, Cantik Manis Isteri Amir. Tahniah !! 

Hasil tinjauan kami di Instagram Floor 88, telah dikongsikan video ketika majlis akad nikah dan persandingan salah seorang anggota kumpulan iaitu Amirul Affeq atau mesra dipanggil Amir. Majlis yang berlangsung pada tanggal 26 Disember itu berjalan dengan sempurna dan lancar.

Turut kelihatan seluruh anggota Floor 88 yang lain seperti Ayie, Eric, Falique, Achoi dan Akram juga turut hadir di majlis istimewa Amir ini. Amir memilih seorang gadis bernama Zarith Shawara untuk dijadikan suri hatinya dan pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan sekitar pada bulan Ogos yang lalu.

Bagai pinang dibel4h dua, kedua mempelai tampil anggun bergaya. Amir dan Sara yang sedondon mengenakan busana pengantin berwarna putih ini nampak sangat berseri-seri. Dalam video yang dirakamkan oleh Eric ini, dipaparkan suasana ketika ijab qabul berlangsung sehingga selesai.

Hanya dengan sekali lafaz, sahlah Amir menjadi suami kepada Sara dan bermulalah fasa baru untuk pasangan ini. Majlis yang simple namun tetap meriah dengan kehadiran sahabat handai dan kaum keluarga terdekat. Gelagat Eric yang menjadi wartawan di lokasi ini juga menghiburkan dengan mulutnya yang bec0k itu.

Jom tonton video di bawah :

Menerusi akaun Instagram Eric juga ada dikongsikan gambar kenangan seluruh anggota Floor 88 bersama Amir dan Sara. Tersenyum lebar semuanya, next siapa pula gerangan yang bakal bergelar suami. Kita tunggu siapa yang kena.

Perkongsian Eric ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Peminat turut mengucapkan terima kasih kepada Eric kerana membuat live yang hampir 50 minit lamanya ini. Antara komen-komen mereka :

” Seiras la, congrats abang Amir dan kak Sara. Till jannah, moga sentiasa berbahagia dan gembira selalu.. “

” Adoi Br nk sedey genang2 air mata.. skali teng teng teng ku4r.. masuk balik air mata hahha.. Tahniah Amir dan Sara.. “

” Congrats abg amir and kak sara , smoga kekal hingga ke jannah , thanks to abg eric wartawan lokasi yg buat live mase akad nikah tdi.. “

” Cantik wife Amir, selamat pengantin baru.. Tq ericfuzi buat live klu tidak kita org tk dpt tgok amir & zara akad nikah.. sepadan sangat sweet je.. “

” Alhamdulillah semoga amir dan sara kekal hingga ke jannah… Semoga bahagia ke anak cucu…. Aminn.. “

” Tahniah amir dan pasangan. Sentiasa menjadi suami yang baik kepada pasangannya hingga ke jannah.. “

Alhamdulillah rasminya Amir bergelar suami dan segalanya dipermudahkan untuk Amir dan Sara ini. Semoga Amir dan Sara sentiasa dikurniakan kegembiraan, dimurahkan lagi rezeki dan ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Floor 88, IG Eric Floor 88, IG Zarith_shawara

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..