” Cantik mata macam pakai lens.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Keempat Dato’ Jamal Abdillah, El Isaac Yamani Yang Sudah Berusia Lebih 3 Bulan. Wah, Cantik Sungguh Warna Anak Mata, Comelnya !!

Pada 11 November tahun lalu, penyanyi Dato Jamal Abdillah telah dikurniakan cahaya mata yang keempat yang merupakan seorang bayi lelaki. Bayi comel ini diberi nama El Isaac Yamani. Menggunakan panggilan nama Zack, kini Zack sudah berusia lebih 3 bulan.

Meninjau ke akaun Instagram isteri Dato Jamal iaitu Datin Zai Izatti, sekeping gambar terbaru Zack telah dikongsikan. Wajah Zack kini sudah nampak berbeza daripada dulu. Zack nampak semakin m0ntel dan wajahnya sudah nampak seiras dengan kakaknya, Nur Azura Yamani.

Apa yang menarik perhatian netizen mengenai gambar terbaru Zack ini ialah matanya. Warna mata Zack sangat unik iaitu seperti warna coklat jernih. Seolah-olah seperti Zack memakai contact lens pula. Dari kecil dah nampak handsome lah Zack.

Perkongsian ini telah mendapat lebih seribu likes dan hampir 20 komen. Datin Zai Izatti gemar berkongsi gambar dan video kedua orang anaknya di media sosial. Selalunya perkongsian Datin Zai Izatti pasti dinanti-nantikan oleh pengikut akaun Instagramnya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Kebanyakan netizen memuji kecomelan Zack dan warna mata Zack yang begitu cantik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

Ya Allah mata, comel. Masih kacak walaupun tengah berak. alahai, handsomenya dia. Cantik mata baby zack brown colour.. “

” Lawanya mata..warna cokelat. handsome baby boy, Baba buat ape tu.. Cantik mata mcm pakai lens.. comel.. muka mommy la.. sweet je.. “

Sekadar info, Dato’ Jamal mempunyai dua orang lagi anak lelaki melalui perkahwinannya yang terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Satu-satunya puteri dalam keluarga Dato’ Jamal ialah Nur Azura Yamani iaitu kakak kepada Zack.

Nampaknya bayi selebriti terkenal yang lahir pada tahun 2020 kebanyakannya mempunyai sepasang mata yang cantik. Semoga El Isaac Yamani membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Semoga menjadi anak yang membanggakan kedua ibu dan bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Zai Izatti

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..