” Cantik mamy berkebaya, papy pun boleh tahan.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Sambutan Hari Raya Namun Pemakaian Ibu Dan Bapa Mertua Nurul Depp Cur1 Perhatian Netizen. Wahhh.. Manis Berkebaya Dan Berkemeja Batik !!

Sambutan Syawal pada tahun ini tetap disambut meriah walaupun hanya bersama keluarga terdekat sahaja. Jika dilihat ramai memuatnaik gambar-gambar keluarga berbaju raya sedondon walaupun tiada aktiviti kunjung -mengunjung.

Turut tidak ketinggalan ialah selebriti Nurul Depp yang menyambut hari raya di rumahnya sahaja. Walaupun sambutan tahun ini agak berbeza namun ada keistimewaannya di mana ibu dan bapa mertua Nurul turut sama menyambut hari raya bersama mereka.

Ini merupakan kali pertama buat ibu mertua dan bapa mertua Nurul merasai kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri di Malaysia. Pastinya kenangan sambutan hari raya tahun 2020 merupakan yang paling indah buat Nurul sekeluarga.

Menerusi akaun Instagram, Nurul berkongsi gambar-gambar sekitar sambutan hari raya di rumahnya. Bertemakan warna biru, Nurul bersama keluarga serta keluarga mertua tampak manis dan cantik sedondon. Walaupun disambut bersama keluarga terdekat sahaja namun tetap meriah.

( Klik butang kanan -> untuk gambar seterusnya.. )

Pakaian ibu mertua Nurul telah mencur1 perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” Mamy nmpk sweet sgt.. “

” Baju mummy tu cantik sgt.. “

” Cantiknya mami pakai baju raya.. “

” Comelnya mamy dan papy.. Depa lagi nmpk berseri noo.. “

” Cantik mamy berkebaya, papy pun boleh tahan.. “

” Lawa mamy berkebaya.. Selamat hari raya kak.. “

Nampak hikmah PKP membuatkan keluarga mertua Nurul dapat menyambut hari raya bersama mereka. Pastinya menambahkan lagi kemeriahan sambutan hari raya Nurul. Kami di Oh Kopak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Nurul Depp sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Depp

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..