” Cantik cucu Ziela Jalil. Comel putih cerah.. ” – Netizen

Dato’ Ziela Jalil Kongsi Gambar Sambutan Aidilfitri Bersama Anaknya Dr. Puteri Julia Dan Cucunya Tun Alayna Zeeya. Wajah Alayna Yang Comel Jadi Perhatian. Kesayangan Nenda Ni !!

Nama Puan Sri Dato’ Ziela Jalil antara nama yang sudah lama bertapak dalam dunia seni. Mendapat gelaran Puan Seri ketika menjadi isteri kepada Allahyarh4m Tan Sri Megad Junid. Dato’ Ziela Jalil yang mula dikenali dengan filem Mr Os.

Peminat pasti masih ingat perkahwinan anak perempuannya Dr. Puteri Julia Nabilah pada Julai 2018 yang lalu. Majlis perkahwinan yang penuh meriah dan cukup sempurna baik dari persalinan dan dekorasinya menjadi sebutan pada ketika itu.

Dr. Julia yang mengahwini Dr. Dziya Faqhran dikurniakan seorang cahayamata perempuan pada 14 Jun tahun lalu. Kegembiraan seorang nenek menerima cucu sulung memang buat Dato’ Ziela Jalil teruja. Menamakan puteri ini sebagai Tun Alayna Zeeya, puteri comel ini membesar dengan sihat.

Menerusi akaun Instagram, Puan Seri Dato’ Ziela Jalil telah berkongsikan beberapa keping gambar cucu sulung Alayna. Mengenakan baju kurung, kecomelan Alayna terserlah. Turut sama menulis di kapsyen bahawa cucunya itu bakal menginjak umur setahun dalam masa terdekat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Gambar comel Alayna ini menarik perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya Alayna.. Pakai baju kurung… Semoga jadi anak solehah sayang.. “

” Comelnyaa… Tun Alayna Zeeya.. “

” Cantik cucu ziela jalil.. Comel sangat alayna ni.. “

” Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je tengok baby hari tu dalam ig.. “

” Comel putih cerah.. “

” Comei sangat-sangat Tun Alayna Zeeya.. “

Alahai comel sungguh Alayna berbaju kurung. Nampak sopan dan ayu macam nendanya. Wajah Alayna nampaknya copy paste daripada wajah ayahnya, seiras sangat. Apa pun, semoga Alayna membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ziela Jalil

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..