” Cakap ‘Please’ tapi hent4k kaki, adoii Wira Wira.. ” – Netizen

Video Ardy Wira Meminta Pensil Warna Daripada Betty Rahmad Dengan Cara Yang Sangat Sopan. Pandai Je Wira Ikut Cakap Betty Lagi-Lagi Part Please tu. Smart Boy !! 

Siapa tidak kenal dengan wajah comel dan senyuman manis anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira. Wira yang sudahpun berusia setahun itu membesar dengan sihat. Seorang anak yang ceria dan pemurah dengan senyuman, Wira menjadi kesayangan peminat.

Turut menjadi anak buah kesayangan pengarah terkenal dan juga ibu saudaranya, Erma Fatima. Sering kali juga dikongsikan Erma gelagat Wira apabila mereka bertemu. Wira juga nampak akrab dengan Erma yang dipanggil sebagai ‘Ching Ching’.

Seperti ibu bapa lain, Betty juga mahukan yang terbaik buat anaknya ini. Mengajar Wira asas pembelajaran seperti huruf, warna dan asas agama, Wira sangat mudah mengikut apa yang diajarkan. Lihat sahaja bagaimana Wira mampu menyebut semua warna dengan betul. 

Menerusi akaun Instagram Ardy Wira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Wira berbual bersama Betty. Wira yang mahukan pensil warna meminta daripada Betty lantas mommy nya itu mengajar Wira cara yang betul dan sopan untuk meminta barang. Alahai sopan sungguh Wira !!

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Wira yang comel meminta warna ini mendapat perhatian peminat. Alahai sedap je dengan Wira cakap tu. Antara komen-komen :

” Pandainya sayang ni. Kiut sangat si wira nih. Ger4m aunty tgk wira.. “

” Cakap ‘Please’ tapi hent4k kaki, adoii Wira Wira. Pandai sangat.. “

” Tahniah betty n husband.. kami pun nak t1ru cr cr you ajar ank, smart ! Ptt wira pun smart jgk.. “

” Wira look so cute and clever boy.. “

” I want wira please. Cair aunty dengar wira cakap please.. “

” Wira smart boy, Jelas bulat-bulat sebutannya.. “

” So clear ! MashaAllah. You so kleberrrr lah youuuu.. “

Pandainya Wira ikut arahan mommy Betty ni. Sebutan please tu dengan mimik muka Wira buat ramai yang ger4m melihatnya. Boleh lah mommy lain guna pakai cara Betty ni. Apa pun, semoga Wira menjadi anak yang berguna dan berbakti kepada mommy dan daddy dewasa kelak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardy Wira

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..