” Bukan selalu Cik Pia nak ikut solat sehingga habis. Siap tambah solat sunat dia lagi.. “
Bengah Kongsi Video Gelagat Anak Syurga Cik Pia Ikut Sembahyang Berjemaah Buat Netizen Kagum. Part Cik Pia Pakai Kopiah Tu Comel Je, Sempat Lagi Buat Peace !!
Nama anak syurga ini sering disebut-sebut netizen. Bukanlah seorang artis jauh sekali orang kebanyakan, namun keistimewaan anak syurga ini membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya. Cik Pia atau nama sebenarnya Afiatul Salsabila merupakan pengh1dap sindr0m d0wn.
Beliau yang dijaga dan sering ditemani abangnya, Hammad Zamakhshari atau dikenali dengan nama Bengah. Video mereka yang dibuat sekadar suka-suka akhirnya menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Semua pastinya tahu, untuk menjaga anak syurga seperti Cik Pia perlu ada tahap kesabar4n yang tinggi.
Bengah yang melayani Cik Pia dengan penuh kasih sayang walaupun adiknya itu seorang istimewa sering dipuji peminat. Bengah menjadi inspirasi dan panduan untuk keluarga yang turut mempunyai anak-anak istimewa seperti Cik Pia. Cik Pia sering membuat aksi lucu dan menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menontonnya.
Menerusi akaun Instagram, Bengah telah berkongsikan satu rakaman video di mana kelihatan Cik Pia sedang mengikut ayahnya solat berjemaah. Gelagat Cik Pia sangat comel. Apatah lagi part dia pakai kopiah dan membuat simbol peace. Siap ada solat sunat lagi Cik Pia. Baguslah !
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Cik Pia ini. Antara komen-komen netizen :
” Cik Pia… Anak syurga.. “
” Cikpia tak pernah tak comel.. Moga sihat selalu cik pia.. “
” Cik pia memang laaa haiii comel sangat anak syurga.. “
” Kalau cikpia pakai telekung mesti chumell g1ler.. “
” Allahu, comelnya telatah cik pia ni.. “
” Alhamdulillah.. CikPia pon tahu solat.. “
” Dia buat bunga lak hujung tu.. “
Kagum melihat anak syurga ini yang ada keinginan untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap pencipta. Walaupun dirinya istimewa, namun Cik Pia bukan biasa-biasa. Menyentuh hati namun pesanannya sampai bahawa siapapun kita, yang wajib tetap wajib didahulukan.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Pia sentiasa dilindungi Allah dan diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Semoga hidup Cik Pia sentiasa dihiasi dengan kasih sayang dari keluarga dan insan tersayang. Buat Bengah, Insha Allah hasrat ke Tanah Suci pasti tercapai suatu hari nanti. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hammad Zamakhshari by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..