” Buat perang4i cikgu ni pun, Blackpink Mesir ke tu haha.. ” – Zizan Razak

Video Gelagat Nabila Huda Ketika Di Set Penggambaran Sebagai Che Gu Amenah Yang Menghiburkan Ramai. Alahai Abil, Ada Sahaja Jenakanya. Masuk Air Betul Cikgu Macam Ni !!

Sebut sahaja nama Nabila Huda, pelakon versatile ini sentiasa menghiburkan penonton dengan lakonannya yang berkesan. Apa sahaja watak akan dibawakannya dengan penuh penghayatan. Penghujung tahun lalu, Nabila atau Abil ada berkongsikan tentang watak Che Gu Amenah yang sedang dalam penggambaran.

Meninjau akaun Instagram Nabila, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Abil bersama murid-muridnya di lokasi. Menulis di kapsyennya bila Chegu Amenah sudah mengantuk dan lapar, gaya Abil menari sambil mengajar mengaji itu mencuit hati. Abil sememangnya seorang yang happy go lucky baik di set ataupun di luar set.

Bagi pengikut akaun sosial Abil ini, pastinya sudah melihat banyak gambar Abil bersama pelakon lain antaranya Saharul Ridzwan dan Nadia Aqilah. Penampilan Abil untuk drama ini juga mendapat pujian peminat, dengan berbaju gaya orang lama-lama dahulu, Abil tetap tampil cantik.

Abil yang kini sudahpun selesai penggambaran drama ini dan ada berkongsikan perkembangannya ini semalam di Instagramnya. Pastinya peminat tidak sabar untuk melihat kehebatan lakonan Abil membawa watak Che Gu Amenah ini.

Jom tonton video di bawah :

Aksi lucu Abil ini menarik perhatian peminat dan juga rakan artis lain. Amboi siap berdansa dalam kelas lagi cikgu Amenah ini. Antara komen-komen mereka :

” Aduh, chegu masuk sal4h bidang, sepatutnya chegu senam robik hahaha.. ” – Sheila Hassan

” Buat perangai cikgu ni pun, Blackpink Mesir ke tu haha.. ” – Zizan Razak

” The kids macam apoooo aunty ni. Kau tak pernah nak senon0h kan hahah. Tergelak-gelak weh tengok.. “

” Siapa bilang kelas che gu Amenah tak seronok. Seronok bukan, naik sheikh dah chegu ni hehe. Meriah kelas cikgu macam ni, ada kosong nak join juga hehe.. “

” Kalau tak pel1k pel1k, bukan le Nabila Huda. Pitching sana sini cikgu ni. Paling win reaction melah qhaira imani.. mmg takde perasaan wei haha.. “

” Aku dapat cikgu macam ni mesti tak lena dah. cikgu jenih g1la-g1la mcm tu. Selalu class mesti ukur meja.. “

” Pasrah ye murid2 sekalian. ayatnya pasr4h, cikgu macam ni baru tak b0san. Confirm cepat ingat hehe.. “

” Meriah dapat cikgu macam ni, cikgu ting t0ng. Blur-blur jek anak murid tengok. ajar mengaji ke ajar zumba ni wei.. “

” Ni cikgu manyak happy go Lucky la. Abil klo tak layan perangai ting t0ng dia tak sah. Sentiasa akn ade ting t0ng dia bikin org gelak pec4h perut.. ”

Alahai Abil, kalau tak kelakar dan menghiburkan di set memang bukan Abil lah namanya. Pastinya anak murid ‘Che Gu Amenah’ pun terhibur dengan jenaka Abil ini. Macam-macam sungguh idea Abil untuk menceriakan suasana. Apa pun, semoga Abil selalu success dalam lakonan dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..