” Brilliant Tuanku, ok nanti patik ikut cara Tuanku.. ” – Netizen

Kongsi Tips Cara Bergambar Apabila Duduk Di Kerusi Yang Tinggi. Gaya Bersahaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Dapat Pujian Ramai. Wah, Menarik Tips Ni. Tuanku Pun Comel Posing Macam Tu !!

Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya aktif di media sosial. Baginda gemar berkongsi pelbagai perkara seperti masakan, hobi dan aktiviti harian baginda. Baginda juga turut berkongsi hal berkaitan keluarga di akaun Instagram miliknya.

Meninjau ke akaun Instagram miliknya, baginda mempunyai sejumlah 844 ribu orang pengikut. Posting Tunku Azizah sering mencur1 perhatian di media sosial kerana baginda gemar berkongsi kapsyen yang kadang kala mencu1t hati ramai orang.

Antara entri terbaru di akaun Instagramnya ialah baginda berkongsi beberapa gambar baginda ketika di Majlis Penyempurnaan Pengeluaran Kesihatan – Rawatan Kesuburan di EPF Learning Campus (ELC), Bangi. Ini memberi harapan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin dan ingin memiliki anak.

Apa yang menarik mengenai entri kali ini ialah kapsyen Tunku Azizah yang berkongsi cara mudah untuk seseorang yang rendah untuk bergambar apabila duduk di kerusi yang tinggi. Baginda menunjukkan cara dengan hanya bersilang kaki dan gambar tersebut tetap nampak menarik walaupun ia merupakan majlis rasmi.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk gambar seterusnya.. )

Kebanyakan netizen bersetuju dengan cara Tunku Azizah dan ramai ingin menggunakan cara yang sama apabila mengalami mas4lah untuk bergambar ketika duduk di kerusi. Antara komen-komen mereka :

” Unit Protokol kena buat semula kerusi tu Tuanku, sb selalu guna.. “

” Dah boleh start buat macam ni dah tuanku saya pun rendah je.. “

” Comel la Tuanku… anggun dan ayu sangat.. Terima kasih Tuanku dgn tips yg diberikan.. “

” Ampun tuanku,Tuanku sangat comel.. Nice tips tuanku.. “

” Tuanku you’re sooooo adorable sama la kita. Duduk kerusi makan sendiri pun kaki tergantungg .. “

” Brilliant Tuanku ok nti patik ikut cara tuanku.. patik pun tggi xseberapa.. “

Wah, tak sangka kan ada cara yang menarik untuk golongan ‘rendang’ untuk bergambar. Jadi tidak nampak ketara kaki tergantung apabila duduk di kerusi. Nampaknya selepas ini pasti ramai wanita-wanita di luar sana men1ru gaya sebegini. Terima kasih Tuanku atas perkongsian tips ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tunku Azizah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..