” Bonda pun sama cantik dengan menantu.. ” – Zarina Zainuddin
Gambar Thr0wback Datin Shahida Ketika Majlis Perkahwinannya Bersama Ibu Mertua, Bonda Rozita Ibrahim 14 Tahun Lepas Cur1 Perhatian Ramai. Wah Cantiknya Dua-Dua, Dah Nampak Macam Adik Dan Kakak Pulak !!
Keakraban isteri jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri iaitu, Datin Shahida bersama ibu mertuanya, Bonda Rozita Ibrahim sering mendapat pujian ramai. Bahkan layanan Bonda terhadap menantunya itu juga dimanja seperti anak kandungnya sendiri.
Malah ada sahaja perkongsian gambar mahupun video tentang menantu dan mertua ini di laman media sosial pasti menjadi perhatian ramai kerana melihat Datin Shahida bersama ibu mertuanya itu seperti sahabat baik.
Meninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Aliff telah berkongsi satu gambar kenangan ketika majlis perkahwinannya yang berusia 14 tahun. Gambar tersebut memaparkan Datin Shahida bersama Bonda Rozita. Kelihatan Datin Shahida tampil cantik mengenakan baju pengantin berwarna kuning diraja.
Semestinya perkongsian tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian. Malah gambar tersebut juga sehingga kini telah mendapat belasan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet yang memberikan pelbagai respon mengenai gambar tersebut.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji akan kecantikan menantu dan mertua ini. Antara komen-komen netizen yang menarik adalah :
” Bonda pun sama cantik dengan menantu.. ” – Zarina Zainuddin
” Gambar ni nampak Datin Shahida dan Bonda Rozita dah macam dua beradik, nampak muka mereka seiras.. “
” Lawannya Datin, terbayang iklan syampo sunsilk, huhu tapi tak dak beza kan Datin dan sekarang, nampak muda mcm dulu.. “
” Suka tengok menantu dan mertua macam Datin dan Bonda, baik sangat macam ibu dan anak kandung.. “
” Cantiknya dua-dua, rasanya masa ni, Bonda umur 42 tahun kot, hehe still nampak young sekarang ni pun Bonda.. “
” Alhamdulillah, kejapkan masa berlalu, dah 14 tahun kahwin, masing-masing masih nampk muda gitu tau.. “
” Awet muda betul bonda, sekarang pun cantik macam dlu jg, macam tu juga dengan Datin, maintain je cantik.. “
Manis raut wajah Datin Shahida dan ibu mertuanya dalam gambar ini, malah kalau sekali pandang nampak wajah mereka seiras dan seperti dua beradik. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga keluarga ini akan kekal bahagia bersama hingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..