” Bila saya letak nama saya dengan ayah saya, so nampak lah mat salleh. Haha.. ” – Ryan

Video Ryan Bakery Bercerita Tentang Asal Usul Ejaan Nama Ayahnya Buat Ramai Terhibur. Ramai Ingat Ryan Ni Anak Tauke Kedai Roti Lah, Haha !!

Ryan Bakery semakin menempa nama dalam industri hiburan tempatan. Beberapa hari lalu, Ryan ada membuat kemunculan dalam rancangan komedi popular, Sepahtu Reunion Live 2022. Keriuhan program itu dengan gelak tawa membuatkan penonton teruja akan bakat yang ada pada Ryan.

Baru-baru ini, Ryan telah dijemput menjadi tetamu di konti Radio Sinar. Menerusi wawancara bersama beberapa penyampai radio, Ryan telah diajukan soalan mengenai cara menyebut nama ayahnya yang menjadi perbualan warganet sebelum ini.

Rupanya ramai yang menyangka yang nama ayah Ryan itu sebenarnya simbolik Ryan membuka kedai roti. Jelas Ryan, ejaan pada nama ayahnya itu sebenarnya sangat popular satu ketika dahulu dengan menggunakan huruf gantian ‘ry’ untuk ‘ri’

Bahkan sempat Rahim bertanyakan kepada Ryan adakah ejaan nama Ryan juga seperti itu. Jelas Ryan, namanya itu adalah benar dan Rahim seakan teruja mendengar nama penuh Ryan yang dikatakan sangat menarik didengar.

Ikuti perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan terhibur dengan perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alang2 nama tu, bukak jele bakery terus. Mat1 aku ingat nama kedai family dia buat roti weh, hahaha.. “

” Haha ya sy igtkan Ryan ade bakery ok. Stalk TT dia kot la dia ade letak video roti dan kek mklumlah sy food lover.. “

” Hahhh ba-ke-ry. Aku bantai laa sebut ryan bake-ry. Tunggu2 laa iklan or post psl roti2. Adoiii salah lerr. Maaf.. “

” Mat Salleh sgt. Ingat Benggali roti lah Ryan, haha. Tapi memang orang dlu2 ejaan nama special skit.. “

” Aku dh agak dah sbb ada video dia yg kant0i ada rok0k dlm beg tu, mak dia sebut nama penuh. pastu dia buat selamba cakap tak sambil sedut air sirap, haha.. “

 ” Org dulu2 yg kerja pejabat pendaftaran kebykannya pendidikan inggeris, jadi org tua dulu nak eja tak pandai main sebut je. Bila dah ditulis dan disebut semula.. bunyi sama kira jadi la tu.. “

” Ingat jual roti jgk tp dk scroll tt takde plk dk post pasal roti, tipah tert1pu lah. Rezeki kau Ryan tahun 2022 ni.. “

Sikap Ryan yang sangat peramah dan kelakar dalam video tersebut turut menarik perhatian warganet. Sehingga kini perkongsian itu telah mendapat lebih 8900 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Apa-apa pun semoga terus berjaya Ryan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar_my, ryanfahmibakery

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..