” Bila Mommy mengaji tekan minyak terus masuk gear 4.. ” – Rita Rudaini

Video Rita Rudaini Bersama Anak-Anaknya Belajar Mengaji Al-Quran Cur1 Perhatian Netizen. Part Rita Tanya ‘ Nak Berhenti Kat Mana ? ‘ Memang Comel Sangat !!

Nama Rita Rudaini menjadi sebutan ramai gara-gara lakonannya menerusi filem Mami Jar0m Junior. Watak yang dibawanya sangat menghiburkan malah berjaya membawa Rita ke pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2004.

Untuk pengetahuan, sebelum bergelar pelakon, Rita pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja bagi tahun 1998/99 dan dia berjaya menduduki antara finalis dalam pertandingan tersebut. Membina kerjaya dalam industri lakonan sejak tahun 2000 lagi dan dia sering diberikan watak utama dalam drama televisyen.

Rita pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 bersama pemain bola sepak negara. Namun kisah rumah tangga mereka pernah hang4t diperkatakan di media. Rita akhirnya sah berp1sah bersama bekas suaminya itu pada tahun 2013 dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Terbaru, Rita telah berkongsi beberapa video terkini di akaun Instagramnya yang memaparkan dia bersama anak-anak terunanya sedang belajar mengaji Al-quran secara online bersama seorang ustaz. Video terakhir memaparkan Rita sedang membaca ayat Al-quran sambil didengar oleh tenaga pengajar tersebut.

Tonton perkongsian video itu di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen memuji  Rita dan anak-anaknya yang kelihatan bersemangat belajar mengaji Al-Quran. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Terbaik sis sy pun dlm proses belajar mengaji ngan ank2 semoga kita di beri istiqomah amin.. “

” Permudahkanlah mereka bertiga utk membaca Kalam mu Ya Allah… Aamiin Ya Rabbal A’lamin.. “

” Tahniah sis Dan anak2.. Mg Kita smua terus diberikn rahmat olehnya.. “

” Terbaik sis. Selamat berpuasa sis & family.. “

” Mmg salute kat Rita ni, dari anak first dia baby lg.. “

” Memang kalau mengaji sendiri rasa mcm qariah dah.. “

” Alhamdulillah… Sis Ritrud727 dan anak2,sejuk mata memandang.. Semoga dlm rahmat dan kasi syg Allah sentiasa.. “

” Cabaran utk mommy2 kan.. Dlm membesar&mendidik ank2… Apa pun… U are the best sis.. Sy suka tgok sis dgn ank2… Happy family,,.. Giteww… “

” Syok la dengaq. Sebutan mummy real Perlis.. “

Wahh.. Memang terbaik lah Rita. Bagus aktiviti begini, lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang, kita hanya duduk di rumah, tak salah pun untuk tambahkan bekalan pahala. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Rita sentiasa bahagia bersama anak-anaknya dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini by Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..