” Bila dengan cinta hati dia, langsung tak layan mommy.. ” – Fazura

Video Nur Fatima Aisha Bersama Bapanya, Fattah Amin. Alahai, Sweet Sangat Dia Dengan Daddy Sampai Mommy Panggil Pun Tak Layan Yer !!

Meninjau ke akaun Instagram bernama Fattahstory, sebuah video terbaru Nur Fatima Aisha telah dikongsikan. Fatima merupakan anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura.

Video yang berdurasi 1 minit ini diambil menerusi Instastory Fazura sendiri. Di dalam video tersebut memaparkan gelagat Fatima ketika bersama bapanya. Video tersebut dirakamkan oleh Fazura seperti berada di dalam sebuah restoran.

Fatima sedang memegang sebuah pinggan makan sambil Fattah mengus1knya. Gelagat dua anak beran4k ini nampak sweet sangat dan Fatima juga tidak menghiraukan Fazura apabila namanya dipanggil.

Alahai, bila dengan daddy sampai lupa mommy ye Fatima. Dah macam orang bercinta pula kan. Mesti Fatima sangat manja dengan bapanya. Maklumlah Fatima kan daddy’s girl. Wajah Fatima pun banyak iras dengan wajah daddy.

Jom tonton video di bawah :

Fazura juga turut menulis ” Bila dengan cinta hati dia, langsung tak layan mommy ” di dalam video tersebut. Mommy pun dah nampak give up apabila Fazura turut menulis “Fine” di akhir video. Sabarlah mommy yer, hehe.

Fatima antara anak selebriti yang sering menjadi perhatian di media sosial. Apa sahaja yang dikongsikan pasti meraih perhatian. Semoga Nur Fatima Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya serta solehah kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, Fattahstory

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo oH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..