” Bila anak kau punya punnchline lagi hebat dari lagu KC and Jojo.. “

Video Awal Ashaari Menyanyi Dan Disambung Oleh Lara Alana Dengan Lagu Yang Menyentuh Hati. Ad0iii.. Tak Pasal Daddy Touching !!

Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari merupakan seorang pengacara televisyen, model, dan pelakon. Awal dahulunya terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Imp4k Maksima.

Namun kini Awal sudah sinonim dengan mengacara rancangan hiburan Melodi di TV3. Selain daripada itu, Awal juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan dalam majlis-majlis dan juga sebagai model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.

Awal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya pada 4 Mei 2012 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana. Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014 dan kini usianya hampir mencecah 6 tahun.

Menerusi akaun Instagram, video Awal sedang menyanyikan lagu KC and Jojo sambil didengar oleh Lara telah dikongsikan. Kemudian, Awal meminta Lara pula menyanyi namun lagu yang dinyanyikan oleh Lara telah membuatkan Awal tersentuh hati. Lara siap memberi amaran lagi tu.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

#kisahlaradandaddy

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Rata-rata netizen tertawa mendengar ayat terakhir Lara buat daddy nya. Antara komen-komen mereka :

” Hahaah…. remember don’t make another daughter only sons daddy…. “

” Aunty x tau la nak gelak ka nak sian ni sayang oi hahahahaha.. “

” Hadoii..  Lara2, emosi sgt ehh lepas tu boleh pulak dpesannya dekat daddy mcm itu.. “

” Hahahaha.. So how la mommy daddy.. Don’t make another dotter.. “

” Maksudnya Lara nak adik laki lah tu.. “

” Daddy n mummy .. plyzz dont make another daughter k… son maybe… adorable Lara…. “

Amboi, bijak sungguh Lara ye. Dah siap pesan pada daddy jangan ada adik perempuan. Ini bermakna supaya Lara sahaja jadi anak perempuan tunggal kesayangan mummy dan daddy. Semoga Lara membesar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..