” Best tengok bos dan staff takda gap macam ni.. ” – Netizen

Video Betty Rahmad Membawa Pembantu Khas Ardy Wira, Teehah Bekerja Di Pejabatnya Raih Pujian Ramai. Wah Best Teehah Dapat Majikan Macam Betty. Dapat Pengalaman Baru !!

Di mana ada si kecil Ardy Wira, pastinya kel1bat pengasuh khasnya, Fatihah Ramli atau dikenali sebagai Teehah akan ada. Sudah lebih setahun sejak Teehah mengasuh dan tinggal bersama-sama Betty sekeluarga.

Memandangkan Wira sudahpun mula bersekolah, Betty mengambil inisiatif untuk membawa Teehah ke pejabatnya iaitu Bettys Kitchen untuk bekerja secara part time sementara Wira berada di sekolah. Ini dapat dilihat menerusi posting Betty di akaun Instagramnya.

Menurut Betty, hari ini adalah hari pertama Teehah akan bekerja di pejabatnya. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan dilakukan oleh Teehah di tempat kerja barunya ini. Tidak hanya Teehah, Betty sendiri pun merasa berdeb4r dan gembira.

Keakraban Betty dan Teehah sudah seperti adik dan kakak. Malahan sebelum ini juga Betty pernah berkata bahawa Teehah adalah anugerah dan rezeki buat mereka sekeluarga. Teehah bukanlah orang gaji Betty namun lebih kepada pembantu yang dianggap seperti adik sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Betty ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Ramai yang suka melihat cara Betty melayan Teehah dan tidak kurang juga yang merasakan Teehah beruntung punya majikan seperti Betty. Antara komen-komen :

” Good luck kakak Teehah. Alhamdulillah dapat majikan yang baik macam kak Betty, untung Teehah. Dapat gain experience in corporate world.. “

” Wah sy0k dapat bos macam ni. so happy for teehah, best dapat bos macam Betty. May Allah reward your sincerity and kindness Betty.. “

” Best tengok bos dan staff takda gap macam ni.. ibarat seperti family sdri.. semoga murah rezeki kedua-duanya dan kasih sayanga kalian kekal selamanya.. “

” Bestnya, good luck and happy working Teehah. Bertambah rezeki dan gaji Kak Teehah. Boleh gain experience lagi. Moga Betty murah rezeki.. “

” Yeayyy goodluck kakak Teehah, bestnya dapat majikan macam ni. Syukur Alhamdulillah kak betty benyak berkongsi rezeki dengan orang dan moga semakin murah rezekinya.. “

” Good luck kakak Teehah, Semoga Allah memudahkn urusan kak teehah, Aamiin ya robbalamin . cntik kak teehah bila ‘ office attire ‘ hari ni.. “

” Boss yang sangat baik, suka tengok Betty layan Teeha. Untung Teeha dapat majikan yang baik. Dah macam adik Betty pula.. “

Tempat baru, pengalaman baru, pastinya Teehah akan dapat pengalaman berharga bekerja di sini. Semoga Teehah selesa bekerja di Bettys Kitchen dan Betty dikurniakan rezeki yang melimp4h ruah selalu kerana berkongsi rezeki. Good luck Teehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad, Teehahh

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..