” Besar dah, muka wan dia.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Cucu Nora Ariffin, Ayden Johan Yang Kini Sudah Berusia 1 Tahun. Alahai, Muka Tu Iras Sangat Dengan Neneknya. Comel !!

Meninjau ke akaun Instagram Nora Ariffin, p0sting terbaru Nora bersama cucu sulungnya, Ayden Johan telah meraih perhatian ramai. Nora memuatnaik gambar berdua bersama Ayden dengan senyuman yang manis.

Nora turut menulis ‘ Me and my cucu’ pada gambar tersebut. Nampak sangat seiras sekali wajah Nora dan Ayden terutamanya pada bahagian mata dan senyuman mereka. Comel sangat cucu dan nenek ni.

Nora jarang berkongsi gambar Ayden di akaun instagramnya. Sesekali apabila dikongsikan pastinya ramai merasakan begitu pantas masa berlalu sehingga ada yang tidak menyangka sudah setahun usia Ayden.

Ayden merupakan anak kepada anak sulung Nora iaitu Syakir Iman dan isterinya, Eilya Sofea. Nama Johan diletakkan pada nama cucu sulung Nora ini bersempena nama arw4h suaminya, Johan Nawawi.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ada yang memberi komen gambar ini seperti gambar ibu dan anak sahaja. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Cucu ke anak ? Tak nampak macam nyai pun. So comeyyy la Ayden nie. MasyaAllah, Ayden darling.. “

” Besar dah, muka wan dia.. MasyaAllah. Macam ibu dan anak.. Dua2 comel.. Comel nyo. nenek pun comel jugok.. “

Walaupun Nora sudah pun bergelar seorang nenek namun penampilan Nora tetap maintain awet muda dan tidak dimam4h usia. Semestinya dengan kelahiran Ayden ini menambahkan keceriaan dalam keluarga Nora.

Kami di Oh Kopak mendoakan semoga Ayden Johan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik serta soleh. Buat Nora, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga terutamanya bersama anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Ariffin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..