” Besar dah Maream, makin cantik macam anak Korea.. “

Farah Lee Kongsi Gambar-Gambar Percutian Bersama Anaknya, Maream Esabel. Wajah Terkini Anak Ally Iskandar Ini Jadi Perhatian Netizen. Comel Dan Cantik Seindah Pemandangan Dalam Gambar !!

Nurfarahin binti Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee merupakan seorang blogger. Beliau juga merupakan bekas isteri kepada pengacara TV3 iaitu Ally Iskandar. Mereka berkahwin pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel.

Namun jodoh mereka tidak panjang, pasangan ini bercera1 pada 17 Ogos 2016. Walaupun begitu, hubungan mereka masih baik demi membesarkan anakanda tercinta. Farah kini telah menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di United Kingdom.

Beliau turut membawa anaknya bersama ke luar negara dan bersekolah di sana. Farah dilihat sebagai seorang wanita yang cekal kerana beliau mampu melalui kehidupan berdua bersama anak di tempat asing. Ketabahan hatinya dipuji ramai netizen.

Menerusi akaun Instagram, Farah Lee berkongsi gambar-gambar percutiannya bersama anak tunggalnya, Maream ke beberapa buah negara. Antaranya ialah Switzerland, Austria, Hungary, Germany, Czechia dan Slovakia. Pemandangannya yang begitu indah telah memuk4u sesiapa sahaja yang melihatnya.

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak Farah yang semakin membesar ini. Antara komen-komen mereka :

” Maream semakin cantik.. “

” Cantik dia dah besar. semoga both of u sentiasa dalam jagaan Allah.. Aameen.. “

” Makin cantik anak dare ni.. “

” Lawanya Maream, suka sngt tngk.. “

” Bakpe la Maream ni comey sangat.. ger4m aunty tgk .. “

” Mariam semakin ayu wajahnya. Lembut je mcm omma .. “

” Besar dah Maream, makin cantik macam anak Korea.. “

Lagi gambar-gambar yang dikongsikan berlatar belakangkan pemandangan yang indah :

Ya Allah, indah sungguh ciptaan tuhan. Cantik-cantik sungguh pemandangan dalam gambar yang dikongsikan. Untung sangat Maream kerana masih kecil sudah melancong serata negara. Semoga Maream Esabel membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Lee by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..