” Berani betul Aurora ni.. ” – Netizen

Video Anak Diana Danielle, Nur Aurora Memeluk Anak Buaya Buat Ramai Yang Kagum. Wah, Ini Memang Terlebih Berani !!

Nur Aurora merupakan anak kedua buat pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil. Aurora merupakan salah seorang anak selebriti yang menjadi perhatian di media sosial. Wajahnya yang comel sangat seiras seperti ibunya, Diana.

Aurora mempunyai akaun Instagram yang dikendalikan oleh Diana. Akaun tersebut diwujudkan sejak Aurora dilahirkan dan sehingga kini jumlah pengikut akaun Instagram tersebut mencecah 123 ribu orang. Satu jumlah yang banyak untuk si cilik sepertinya.

Aurora kini sudah berusia 5 tahun. kehadiran Aurora sememangnya menjadi pelengkap rumahtangga Diana dan Farid kerana sebelum ini mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad yang kini berusia 7 tahun. Gelagat Aurora dan Che Mad sering dikongsikan oleh Diana di Instagram.

Menerusi akaun Instagram, satu video Aurora telah dikongsikan. Video tersebut memaparkan Aurora cuba memegang anak buaya. Pada awalnya Aurora dilihat agak tak0t tetapi Aurora berjaya mengatasi rasa tak0tnya dan memeluk anak buaya tersebut. Wah, berani sangat !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji keberanian Aurora. Antara komen-komen mereka :

” Brave girl , kakak yg dah besar ni pun tak0t campur gel1 nak pegang .. “

” Cantik nyeeee alahai berani plak tu.. “

” Berani betul Aurora nie.. “

” So beraniiiii. rasa gel1 nak pegang.. “

Wahhh beraninyeee.. kita tak0t.. So brave girl.. “

Aurora sememangnya sungguh berani kerana bukan semua orang berani menyentuh buaya apatah lagi hendak memeluknya. Ini kerana buaya merupakan salah satu haiwan yang berbah4ya. Tengok gigi buaya pun dah rasa ser4m bukan ? Hebatlah Aurora !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Aurora, Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..