” Benda nampak simple tapi imp4k dia tak terjangka dek akal.. ” – Netizen

Perkongsian Ahmad Fedtri Yahya Mengenai Rahsia Murah Rezeki Buat Heliza Helmi Dan Hazwani Helmi Teruja. Benda Kecil Tapi Besar Hikmahnya, Menginspirasikan !!

Menerusi perkongsian di Instagram Jentikhati, telah dikongsikan satu video pendek berdurasi hampir 2 minit yang memaparkan live antara pengacara, Ahmad Fedtri Yahya dan Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Hazwani mengutarakan pertanyaan apa doa dan amalan yang dilakukan oleh Fedtri sehinggakan murah rezeki untuk travel. Kata Fedtri, sejak tahun 2007 sehingga sekarang dia tak pernah tert1nggal melakukan solat dhuha.

Cerita Fedtri lagi, sejak dia mengamalkan solat sunat ini dia menyedari rezekinya mudah dan dapat travel sehingga kini ke 70 buah negara. Turut mengamalkan sedekah untuk orang miskin di negara yang dikunjunginya kerana itu targetnya dalam setiap pengembaraan.

Dek kerana amalan dhuha dan sedekah, doa Fedtri kerapkali dimakbulkan Allah. Fedtri turut berkongsikan dia tidak memakai barangan mahal dan dalam setiap gaji bulanannya, pasti ada peruntukan yang disimpan untuk melancong.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fedtri ini telahpun mendapat lebih 50 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Terima kasih atas perkongsian yang hebat ini. Doakan akak sekeluarga dapat mencontohi amalan yang mulia ini. Aamin.. “

” Since 2007 tak pernah miss dhuha. wow hebat bang. Bukan mudah untuk istiqomah walaupun cuma 2 rakaat. doakan sy dapat mcm abg jgk.. “

” Solat sunat dhuha memang sangat sangat p0werful tambah2 klw nk mntk murah rezeki. Nikmatnya dhuha. Terima kasih Fedtri, sangat memberi inspirasi.. “

” Btul penangan dhuha dn hikmah sedekah mmg tak dapat disangkal, inshaAllah. Nak sangat buat macam Fedtri tapi kadang kadang miss jugak buat hari hari.. “

” Terima kasih for sharing semoga abang Fedtri mendapat pahala berpanjangan dan dikurniakan segala kebaikan dan rahmatNya.. “

” Hebatnya perkongsian ni, benda kecil je tapi tak semua orang mampu istiqomah untuk buat secara konsisten. Semoga jadi inspirasi untuk kita semua.. “

” Terbaik ilmu ni, benda nampak simple tapi imp4k dia tak terjangka dek akal. Best sangat sharing ni, terima kasih kongsi Fedtri.. “

Kata ilmuan agama, dhuha itu tanda kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Semoga amalan murni Fedtri ini dapat dijadikan contoh untuk semua dan membuatkan kita menjadi semakin baik dari hari ke hari, Insya Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jentikhati, IG Ahmad Fedtri Yahya, IG Heliza Helmi

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..