” Beli barang untuk wedding bulan 6 ni kan. Mesti supr1se tarikh birthday 25 tahun 1/6.. “

Janna Nick Kongsi Gambar Shopping Barang Bersama Kekasihnya Dini Schatzmann Undang Tanda Tanya Peminat. Respon Janna Buat Peminat Jadi Tak Sabar. Betul Ke Tu Janna. Wah Happynya !!

Namanya semakin hari semakin bersinar di dalam dunia seni hiburan. Pelakon bernama Janna Nick ini sudahpun memiliki pengikutnya yang tersendiri. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Munir dilahirkan pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani Kedah.

Janna yang mempunyai 5.5 juta pengikut di Instagram ini antara artis paling popular di Malaysia. Bermula dengan drama Syurga Nur, nama Janna mula menjadi sebutan kerana bakat lakonannya itu. Janna terus mengorak langkah dengan jayanya apabila lakonan beliau bersama aktor Saharul Ridzwan di dalam drama Kau Aku Kita diiktiraf dan mendapat anugerak Aktress Pilihan di Festival Kuala Lumpur 2016.

Hari demi hari, karier seninya semakin menaik namun Janna tidak pernah menyomb0ng diri. Selain lakonan, Janna juga banyak menjadi pengacara dan antara rancangan yang menjadi hit adalah Melodi. Bergandingan bersama Awal Ashaari, kepetahan Janna dan jenaka bersahajanya membuatkan rancangan itu tampak menarik.

Menerusi akaun Instagram, Janna Nick telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama kekasih hatinya, Dini Schatzmann yang baru sahaja selesai membeli belah. Dengan tangan yang penuh dengan paperbag mengundang tanda tanya di kalangan netizen. Lain macam shoppingnya tu Janna.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen teruja melihat gambar Janna dengan barangannya itu. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah.. Banyaknya barang.. Ni memang boleh mendatangkan stresss.. “

” Beli baju nikah ka tu?.. “

” Shopping barang kawen ke ? Hiks.. “

” Banyak shopping untuk hantaran bertunang ker ni adik jannanick.. Hehehe.. “

” Tak sabar nak bau nasi minyak awak.. “

” Barang hantaran ke?.. “

Namun komen dari salah seorang peminatnya ini mendapat respon Janna dan memeranj4tkan jawapan Janna yang seakan-akan mengiyakan itu.


Wow kalau sungguh bagai dikata, pastinya peminat setia Janna yang akan melonjak kegembiraan untuk tengok artis kesayangan mereka ini melangkah ke jinjang pelamin. Seandainya benar, tahniah kami ucapkan. Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan untuk Janna dan Dini. Kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik untuk Janna dan moga semua perancangan dan impian jadi kenyataan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Janna Nick by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..