” Beauty with brain mummy, dapat pahala jugak.. ” – Netizen
Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Ke 2 Anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees Secara Online Bersama Anak-Anak Yatim Raih Pujian Peminat. Walaupun Secara Online, Tetap Meriah. Alhamdulillah Rezeki Dikongsikan Bersama, Terbaik Anzalna !!
Anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees sudahpun genap usianya 2 tahun semalam. Tiada sambutan di hotel secara besar-besaran seperti tahun lalu, yang ada cuma majlis makan bersama anak-anak yatim dan asnaf sahaja daripada Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Meninjau akaun Instagram Anzalna, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan suasana sambutan hari lahir Eidrees ini. Dengan kerjasama seseorang yang dipanggil Anzalna sebagai Kak Ros, majlis ini berjaya dianjurkan.
Anzalna bersama suaminya, Hanif Zaki hanya menonton majlis ini secara online daripada rumah mereka. Diiringi dengan bacaan doa selamat oleh anak-anak yatim ini, Anzalna mengucapkan ucapan terima kasihnya untuk doa yang indah untuk Eidrees.
Nampak seronok semua anak-anak ini dijamu dengan pelbagai makanan dan kek. Dekorasi seperti belon dan topi juga disediakan Anzalna untuk anak-anak ini. Tidak hanya meraikan Eidrees, Anzalna dan Hanif juga sudah berbuat baik dengan memberi kegembiraan untuk anak-anak ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat. Antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :
” Love this so much, proud of you. This is so beautiful. Ni baru betul join melalui online demi kesihatan semua. Happy birthday Eidrees.. “
” So kind of you & definitely brilliant. Alhamdulillah, happy birthday Eidrees sayang. Good Initiative, Instead of gathering with them. You still can join via online.. “
” Contoh terbaik, inspired sangat Anzalna dengan suami. Happy birthday Eidrees, semoga jadi anak yang soleh selalu. Smoga bertmbh2 rezeki Hanif Zaki dan Anzalna Nasir kerana tgn yg d ats lbih baik dr tgn d bwh.. “
” Alhamdulillah, happy birthday Eidrees. Semoga menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapamu sayang. Besar pahala bagi makan untuk anak2 yatim.. “
” Alhamdulillah, happy birthday ensem boy. Sangat beruntung dapat mummy beauty with brain dan berjiwa penyayang ni. Salute lah Anzalna.. “
” Amalan yg terbaik semoga Adik Eidrees dipjgkan dan diberkati umurnya menjadi anak yg soleh berbakti kpd kedua org tua nya berkat menyantuni anak2 syurga ini.. “
” MasyAllah parents yg bijak. Well done both and I’m sure Eidress will grow up to a fine young man with the great upbringing.. “
” Beauty with brain mummy. Dpt pahala jugak, happy birthday hensem boy. semoga pjg umor, berjaya duania akhirat dan jadi anak soleh.. “
Peminat memang memuji idea Anzalna dan Hanif ini, ganjaran pahala buat mereka juga Insha Allah. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Eidrees. Semoga Eidrees menjadi anak yang soleh dan kebanggaan mommy dan daddy.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..