” Beautiful family. Alhamdulillah finally reunited with the family.. ” – Netizen

Datuk Azizulhasni Awang Kongsi Video Bertemu Keluarganya Di Melbourne. Alahai Happy Betul Anak-Anak Tu Dapat Jumpa Abi Mereka !!

Meninjau di akaun Instagram milik jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang semalam ada berkongsi gambarnya berada di atas pesawat. Tulis Datuk Azizulhasni, setelah 16 minggu meninggalkan anak-anak dan isterinya, akhirnya dia bakal kembali ke pangkuan keluarganya.

Malah pada posting terbarunya pada hari ini, Datuk Azizulhasni telah berkongsi video dirinya selamat tiba di Melbourne dan bertemu anak-anak dan isterinya di penginapan mereka di Melbourne. Kongsi Datuk Azizul lagi, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan melihat reaksi mereka menyambut kepulangannya.

Selain itu juga, Datuk Azizulhasni turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu menjaga keluarganya sepanjang ketiadaan dirinya di Melbourne. Hingga kini perkongsian video oleh Datuk Azizulhasni itu telah mendapat lebih 14 ribu tanda suka.

Menerusi video Datuk Azizulhasni, kepulangannya itu disambut dengan penuh meriah dengan tulisan ucapan ‘Congratulation’ pada dinding rumah dan kek pulut kuning istimewa. Malah jelas terlihat pada wajah anak-anak dan isteri Datuk Azizulhasni yang merindui kepulangannya.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan kata selamat kepada Datuk Azizulhasni atas kepulangan dirinya ke pangkuan keluarga. Antara komen-komen netizen adalah :

” Beautiful family. Alhamdulillah finally reunited with the family. Tumpang happy tengok Datuk dapat bertemu kembali dengan keluarga.. “

” Anak-anak tu mesti terl4mpau rindu kat abi kan, tengok tak sabar nk berkep1t dengan abi mereka. Alhamdulillah selamat pulang Datuk.. “

” Lamanya baru dapat jumpa family, kuatnya family Dato. Isteri dan anak2 sama hebat macam dato.. “

” Kepulangan yang dinanti, bahagia si princess dapat hadiah birthday. Kek pulut kuning itu yang klassik, bos. Tahniah.. “

” Syukur Alhamdulillah, happy tengok family Datuk Azizul, selamat berehat bersama keluarga, tak lama lagi bakal sambut orang baru.. “

” MasyaAllah seronok tgk mesti hpy daddy dah balik. Semoga Allah sentiasa menjaga dan memberkati keluarga Datuk.. “

” Allah, nampak happy teruja betul anak-anak dan isteri tu sambut kepulangan orang tersayang mereka.. “

Alhamdulillah, dah selamat sampai kepangkuan keluarga. Untuk pengetahuan, Datuk Azizulhasni bakal menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kecergasan Klinikal dan Sains di Universiti Victoria, Melbourne di Australia yang berbaki setahun lagi. Selamat beristirehat bersama keluarga Datuk.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Azizulhasni Awang

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..